Tuesday, May 4, 2010

Pertandingan Mewarna



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari2 sibuk. Itu sebabnya baru sekarang nak buat entry pasal cerita hari Sabtu lepas. Tak cerita pun tak apa tapi saja jer nak cerita.

Ini cerita pasal Adik menyertai pertandingan mewarna sempena Fiesta Hari Buruh di Bukit Layang2 Pasir Gudang. Hari tu (tak ingat hari apa tapi dalam minggu lepas la...), Adik bawak balik surat untuk persetujuan menyertai pertandingan mewarna ni. Saya tak terus isi borang tu. Simpan satu malam. Adik pulak bermula dari hari dia dapat borang tu, tak habis2 bercakap yang dia nak pergi pertandingan mewarna tu. Heboh satu kampung dikhabarkannya...!

Tiba pada hari yang dinantikan (Sabtu lepas...), saya rasa macam malas pulak nak ke Bukit Layang2 tu. Hubby pulak kena giliran bekerja pada hari Sabtu tu. Jadinya nak tak nak saya kena bawak juga Adik ke sana. Saya pergi bersama Ayong. Ramai juga kanak2 yang mengambil bahagian. Adalah dalam lebih kurang 130 orang.


Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan 10 orang. Setiap kumpulan membentuk satu bulatan. Jenuh si DJ tu nak mengaturkan kanak2 ni. Ada ibu2 yang bekalkan anak2 mereka dengan meja kecil. Wah...tentu teruja sangat budak tu! Adik sekadar bawak pensel warna dan pensel jer.



Lihatlah gelagat Adik semasa mewarna. Tengok gaya memang macam penuh keyakinan jer. Tapi kejap2 tanya mak (maknya berdiri berhampiran dengan dia di tepi astaka...). Masa yang diberikan ialah 45 minit tapi Adik siap tak sampai pun 30 minit. Asal siap....!


Macam2 gaya kanak2 ni mewarna...meniarap, menonggeng, membongkok...



Apa kaitan makanan ini dengan pertandingan mewarna tadi? Sebenarnya tak ada kaitan langsung!!! Lepas Adik dapat buah tangan dari pihak penaja, kami terus balik. Tak tunggu pun keputusan pertandingan sebab tahu Adik mesti tak menang sebab Adik kaler cincai jer.

Tengahari tu hubby balik kejap. Kami pergi ke Tesco Extra. Ayong nak cari jam petak. Saya pulak nak cari cheese. Sambil menyelam minum air. Singgah makan di Kenny Rogers. Kami pesan Ayam Panggan Blackpepper, Chicken Cream Soup, Salad Ayam Bakar. Muffin tu datang bersama dengan set hidangan tu... Abis cerita....!



No comments: