Salam sejahtera untuk semua. Menu makan tengahari kami hari ini ringkas sahaja. Sekadar ikan cencaru bakar dan air asam.
Ikan cencaru ni saya balut dengan daun pisang dahulu sebelum dibalut pula dengan aluminium foil. Lepas tu baru saya bakar dalam oven. Jadinya kulitnya elok cerah jer sebab tak kena haba. Saya bakar 2 ekor. Besar2 ikan cencaru ni. 2 ekor ikan, 4 orang makan. Yang paling banyak makan ialah Adik. Lebih separuh ekor dia sorang yang makan.
Air asam ni pulak versi yang tak pedas langsung. Anak2 (termasuk emaknya...) tak makan yang pedas2 sangat. Saya cuma letak bawang besar, tomato, kicap dan perasa. Masamnya cuma masam2 tomato sahaja. Tapi inilah yang disukai oleh anak2...cicah dengan ikan bakar tu.
3 comments:
mmm..sedap2.tadi saya ingat nak bakar juga ikan cencaru nih.last2 saya buat sumbat belakang jer..
salam dan selamat hari ibu..mesti rasa terharu kan..
sekali sekala makan camni pun sodap ek
anymz :
cencaru sumbat belakang pun sedap gak tp k.ita blum pernah buat lagi. satu hari nti mesti cuba gak...
kak ina :
selamat hari ibu gak...
ini le ikan bakar sempoi! gaul ngan garam jer, lepas tu bakar. cicah ngan air asam sempoi jugak...!
Post a Comment