Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Maaflah sebab dah lebih seminggu tidak bersiaran. Badan tak sihat. Demam, batuk dan selesema. Baru semalam je rasa betul2 segar tapi tidak sempat untuk mengemaskinikan blog ini. Pagi ini ada kelapangan sikit sebelum Adik ke sekolah. Kerja sekolah semua dah siap.
Kuih Bakar ni ialah agenda tertunda. Dalam pada badan tidak berapa sihat tu, teringin pulak nak makan Kuih Bakar ni. Nak suruh hubby carikan, susah nak dapat yang betul2 ngam dengan anak tekak. Akhirnya buat sendiri. Puas hati. Nak buatnya pun senang je. Campur dan kacau hingga sebati semua2 bahan. Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Bakar. Tunggu sampai masak. Saya suka yang garing2 sikit.
Baru keluar dari oven...
3 comments:
salam ta, tak mahu komen apa2 pasal penyakit yg ita alami. However akak nak bagi tips yg akak dapat masa pertemuan dgn dr di masjid hari tu. Madu asli adalah bahan yg boleh membantu mengaktifkan antibodi semula jadi dalam tubuh kita. ia berkesan jika diambil secara istiqamah. Kalau batuk, madu dicampur dgn air suam. buat minum. kalau susah tidur malam pula minum madu yg dicampur dlm air dingin . Kalau ada masalah usus boleh cuba jus mentimun. camne nak buat nanti akak beri resepi. semuga cepat semboh.
terima kasih kak izan...!
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
Post a Comment