Tuesday, May 4, 2010

Kisah Hari Ahad


Masih lagi nak bercerita kisah yang telah berlalu. Ini cerita hari Ahad lepas. Tapi cerita ni bermula pada hari Sabtu malam Ahad tu lagi dah. Mana tidaknya...gara2 hubby ajak buat projek malam tu. Jangan salah tafsir dan salah faham tau! Bukannya projek **tut...tut** tapi projek mengemaskan bilik bawah tu. Bilik tempat saya menyimpan segala bahan2 dan perkakas masak2 saya. Maklumlah...dapurku kecik aje. Terpaksa gunakan bilik tu untuk simpan khazanah2 berharga.

Malam tu memang kami berdua tak tidur. Dah siap kemaskan yang kasar2, tiba giliran saya untuk kemaskan barang yang kecil2...acuan2, barangan2 plastik dan macam2 lagi. Saya pun kemas lebih kurang je. Memang penat. Lepas tu terus buat projek cistat pulak. Crustnya dah bakar awal malam tu...2 pusingan! Jam 4:00 pagi saya bakar cistat tu. Tuannya nak datang ambil awal pagi Ahad. Anaknya nak balik ke asrama, jadinya umminya yang pemurah tu orderkan untuknya 2 pek blueberry cheese tart...satu pek untuk anaknya dan satu lagi untuk cikgu anaknya. Habis bakar cistat tu, saya bakar pulak carrot cupcake. Saja2 jer...

Pagi Ahad tu saya sempat lelap 2 jam...6:30 hingga 8:30 pagi. Lepas tu sambung projek yang belum siap malam tu. Dalam masa yang sama, saya membasuh kain-baju. Biasalah...3 @ 4-in-1...! Kalau tak buat cam gitu, lambat kerja2 nak siap...


Carrot cuppies ni saya deco dengan baki buttercream yang ada dalam esbok tu. Saya campur2kan aje warna2 yang sedia ada. Deco pun sepesen jer...! Ini saya deco sebelum kami keluar sekitar jam 4:00 petang.

Ke mana destinasi kami? Mula2nya cadang nak pergi makan dekat2 sini jer. Lepas tu bercadang nak ke Bukit Layang2...nak tengok2 apa yang ada di Fiesta Hari Buruh tu. Bila dah masuk ke dalam kereta dan 'berbincang' anak-beranak, kami meneruskan perjalanan ke Jusco Permas Jaya. Tujuannya nak pergi makan di Sedap Corner. Balik nanti baru nak singgah ke Bukit Layang2 tu...


Order dah diambil...tapi makanan belum sampai lagi...! Abang Ngah, hubby dan Abang Yang sedang melayan perasaan...!


Entah apalah yang disembangkan oleh Adik dan Ayong, siap Adik mengira2 dengan jari2nya yang molek tu...!

Ok...makanan dah sampai! Jom tengok apa yang kami makan dan minum...!

Penang Fried Kuay Tiaw...hubby punya!


Roti Jala dengan Kari Ayam...Adik yang order tapi tak dimakannya sebab katanya MASIN! Hissshhh...macam2 Adik ni! Pandai pulak tu merasa masin ke, tawar ke....


Ini Ayong punya...


Cendol menjadi pilihan Ayong dan Abang Yang...


Beef Kuay Tiow...pilihan saya!


Blackpepper Chicken Chop pilihan Abang Ngah dan Abang Yang...


Mushroom Cream Soup ni pun Adik yang punya...!!!


Milo Ais (Adik), Langkawi Sunset (myself) dan Nescafe Ais (hubby)...


Abang Ngah dengan Thai Coconutnya...

Semasa keluar dari Jusco tu, saya terpandang fenomena ini...

Cahaya mentari di sebalik segumpal awan...


Gumpalan awan membentuk bayangannya disinari mentari...


Sinaran mentari yang kemerah2an di puncak kelompok awan tersebut...

Dalam perjalan balik tu, saya "ekori" gumpalan awan ini tapi tak berapa nak cun sebab guna DC aje...

Dari bawah kabel2 letrik...

Di simpang lampu isyarat ke Taman Molek dan Giant tu...berhenti sebab lampu merah. Kesempatan yang datang untuk shot banyak2...

Membentuk macam paras rupa manusia dengan hidung yang mancung...

MasyaAllah...indahnya ciptaanNya...! Balik dari Jusco, kami singgah kejap di Bukit Layang2. Saja2 nak tengok apa yang ada kat Fiesta Hari Pekerja tu.


1 comment:

ibundo said...

salam. seronok sesekali keluar makan bersama keluarga.

cantik ciptaan Allah..