Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Walaupun Hari Ibu dah berlalu tapi bagi saya hari2 tu ialah hari ibu dan hari bapa. Cumanya semalam (Ahad minggu kedua bulan Mei) ianya disambut secara besar2an. Zaman sekarang ni, macam2 jenis HARI yang diraikan. Kalau dulu2 tu, tak pernah nak raikan macam ni.
Macam dah jadi satu trend pulak untuk sambut2 HARI yang macam2 tu. Dulu2 ada ke kita sambut dan raikan Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Lahir ke, Hari Mau ke...? Tapi sekarang ni, kalau tak dirai dan disambut, macam tak sempurna pulak.
Semalam (Ahad), pagi2 lagi hubby dah hantar Abang Ngah ke tempat dia berlatih skuash. Abang Yang pulak ada perkhemahan di sekolah dari hari Jumaat lepas lagi. Jam 9:30 pagi, hubby, Ayong, Adik dan saya bergerak menuju ke Teluk Danga, nak ke Maxis Center. Ayong nak tukar pelan Maxisnya dari Family Plus ke normal prepaid. Balik dari situ, kami terus ke Tg Puteri Golf Resort, jemput Abang Ngah balik dari latihan skuash. Lepas tu kami terus pergi makan tengahari di Kebayan Taman Pasir Putih.
Jam 2:00 petang keluar lagi. Kali ini menuju ke sekolah sebab nak pergi jemput Abang Yang pulak. Ikutkan jadual, perkhemahan tamat jam 3:00 petang. Tapi baru sampai sekerat jalan, Abang Yang dah balik tumpang kereta jiran. Awal pulak mereka bersurai...
Lepas itu baru saya dan hubby terus ke majlis perkahwinan di Kg Pasir Putih tu. Tak lama pun kat sana. Sempat juga tengok pengantin makan berdamai. Balik dari kenduri kahwin, relaks kejap kat rumah. Sempat jugalah baring2 depan tv tu... Dan selepas Asar, saya bersama2 dengan kaum wanita setempat pergi pulak menziarahi Puan Habibah yang baru keluar dari hospital akibat sakit saraf. Beliau dimasukkan ke hospital pada hari Rabu lepas. Alhamdulillah...setelah diberi rawatan, beliau beransur sihat. Tapi beliau perlu membuat rawatan susulan.
Balik ke rumah, kami duduk dan lepak2 dah sofa luar tu sambil melihat Abang Ngah main kereta remote dengan Amirul. Semua kami duduk kat situ...hubby, saya, Ayong, Abang Yang dan Adik. Adik pulak tak henti2 keluar masuk rumah...nak minum katanya.
Mak, sapa punya hadiah tu? tiba2 Adik bertanya kepada saya.
Hadiah apa? tanya saya semula pada Adik.
Tuuu...yang dalam bakul atas meja tu...! jawab Adik.
Meh sini tengok...! katanya sambil menarik tangan saya ke dalam.
Oooooo....Adik tak acilah! Janganlah bagitau makkk....! sampuk hubby pulak.
Cepat2 Ayong, Abang Ngah dan hubby berlari masuk ke rumah. Ooooo...ada kejutan rupanya...!!!!!
Ada bakul kejutan untuk saya di atas meja makan...!
Apa isi di dalam bakul tersebut...?
Sejambak bunga ros merah...4 kuntum untuk 4 orang anak...!
Hubby kata kalau nak lebih, kena tambah anak lagi....hahahaha....
Kad ucapan kecil molek yang terselit di celah kuntuman ros merah...!
Keronsang dan pin dari Ayong...!
Cokelat dari Abang Ngah...!
Passion ala2 Ferraro Rocher dari Abang Yang...!
Kinder Bueno dari Adik...!
2 comments:
wahhh...besnyer dapat adiah banyak... :) selamat hari ibu buat kak ita juga ye..
cikmin :
tiap tahun mmg ada jer tapi tiap kali pun berlainan situasi. x boleh nk bajet tapi yg pasti...bunga mesti ada!!!!
selamat hari ibu...
Post a Comment