Saturday, May 8, 2010

Perkemahan Unit2 Beruniform SKTPP 2010




Salam semua. Nampak tak kain rentang kat atas tu? Hmmm...ada perkemahan oleh unit2 beruniform di SK Taman Pasir Putih (SKTPP) selama 3 hari 2 malam, dari 7hb Mei (Jumaat) hingga 9hb Mei (Ahad). Abang Yang turut serta dalam perkemahan ini. Mereka berkumpul di padang pada jam 2:30 petang.


Pintu gerbang masuk utama ke kawasan perkemahan. Nak keluar masuk kena lalu ikut atas titi...



Pada jam 6:00 petang tadi, saya pergi semula ke sekolah, ke kawasan perkemahan mereka. Saya menghantar bekalan untuk makan malam. Makan malam tadi ibubapa yang kena sediakan sendiri. Tidak termasuk dalam pakej perkemahan tersebut. Masa saya sampai, mereka sedang menyediakan banglo masing mengikut kumpulan. Macam2 warna banglo yang mereka bina. Kos untuk membina banglo ni murah jer... Ada sapa2 yang berminat??? Pastikan anda membeli tanah untuk tapak banglo tu dulu sebelum membina dan memasang banglo2 anda....!!!!!



Saya terus panjat ke Tingkat 1. Saja jer, nak cari angle baik sikit konon untuk buat photo shot...!!! Dari Tingkat 1 tu boleh nampak semua kawasan perkemahan di padang di tengah2 blok bangunan sekolah tu. Tapi saya tak dapat nak shot penuh dalam satu gambar sebab...paham2 je la....saya cuma gunakan DC je!!! Tercari2 di manakah khemah Abang Yang. Akhirnya terpandang dia bersama rakn2 dan seorang guru sedang memacak tiang untuk dibuat sempadan antara unit2 beruniform. Pengakap di satu bahagian, Bulan Sabit Merah di satu bahagian, Puteri Islam di satu bahagian dan begitulah seterusnya.


Cikgu suruh pasang khemah, budak baju oren kat belakang tu pulak sibuk main combat2....


Mereka ni pulak sedang buat ampaian. Rendahnya ampaian dema ni...
Haaa...ampai baju tu cepat...tengok kamera pulak dia!


Abang Yang masih tak perasan yang emaknya tengah skodeng dia dari Tingkat 1. Entah apa yang dia cakapkan dengan cikgu tu...


Eeeiiii Cikgu...emak saya tangkap gambar kita la dari sana tu....!


Ini pulak cikgu2 dan cikgi2 sedang memasak. Masak apa tu cikgu...? Boleh saya tolong?? Tolong tengok....hehehe


Cuba kira ada berapa khemah kat sini...1, 2, 3, 4,....issshhhh banyaknya...!!! Malaslah nak kira...


Siapkan khemah cepat2 adik2 oooiiiii...dah nak malam ni...!


Cantik pulak khemah warna ungu tu...!


Tengah sibuk2 mengetuk kayu pancang tu pun, mereka masih sempat gelak2 menghala ke mamarazzi ni...!


Cikgu2 ni buat apa pulak ni?


Ikat kuat2 dik oiii...kang roboh pulak tiup dek angin...!


Ini kawasan dapur Unit Bulan Sabit Merah. 3 orang tengah mengadap dapur macam nak masak mee segera jer...! Yang 3 lagi tu tengok kusyuk melihat sesuatu. Tengok apa tu...?


Khemah ni pulak betul2 berada di sebelah gerbang masuk utama ke kawasan perkemahan. Kat sini ada pembesar suara. Nak serahkan makanan kepada anak2 tadi, cikgu2 tolong panggilkan dengan menggunakan pembesar suara di sini. Ini kira khemah penyambut tetamu la....


No comments: