Monday, May 10, 2010

Majlis Yassin Dan Tahlil


Salam sejahtera untuk semua. Alhamdulillah...hari Sabtu lepas telah berlangsung Majlis Yassin, Tahlil dan Doa Selamat untuk Kumpulan Yassin Selayang 10, 12 dan 13. Majlis kali ini diadakan di rumah Fiza dan Ramli di Selayang 12.

Yang bertudung hitam ni ialah tuan rumah, Puan Fiza...


Sebenarnya pada hari Sabtu lepas, jadual saya agak padat. Bermula dengan kelas ilmiah di Masjid An-Nur yang berakhir jam 10:50 pagi. Sepatutnya hari tu hubby tak kerja tetapi disebabkan Chairman nak datang melawat kilang pada hari Selasa, hubby kena juga pergi kerja. Adik, Abang Ngah dan Ayong tinggal di rumah. Balik aje dari kelas ilmiah, terus menghantar Ayong ke stadium. Balik dari hantar Ayong, sempatlah mengemas apa yang patut. Selepas Zohor nanti ada majlis Yassin Akhwatul Muslimah TPP (AMTPP) di Jalan Senangin 2. Nasib baik malam tadi dah siap membakar dan mengukus juadah yang akan dibawa ke kedua2 majlis yassin petang dan malamnya. Ke majlis AMTPP saya bawa Puding Roti. Tak sempat nak snap gambar sebab kelam-kabut mengejar masa.

Jam 5:00 petang pulak ke rumah Fiza untuk menolong apa yang patut sempena majlis di rumah dia pada sebelah malamnya. Rewang2 begini memang sudah menjadi kebiasaan kami di sini. Berkumpul di rumah tuan majlis untuk membantu apa yang patut. Disampng itu dapatlah bertemu dengan ahli kumpulan dan rakan2 setempat sambil berbual macam2 topik.

Tangan buat kerja, mulut pun sama pot pet pot pet jugak...!

Sedang memotong buah tembikai...

Yang ni kat bahagian dapur...mengadap sambal pelam...!

Birthday Mom hari Sabtu lepas... Happy Birthday Sue...!!!!


No comments: