Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung. Dah lama rasanya saya tidak mengemaskinikan blog saya ini. Masa tidak mengizinkan untuk saya mengemaskinikannya walauoun kadang2 saya sempat juga menjenguk dan membalas komen2 dari teman.
Ini ialah lauk kami hari Jumaat lepas. Ikan Kerisi Kukus Tomyam... Senang sahaja penyediannya. Tak sempat nak memasak yang lebih complicated sebab mengejar masa. Sebelah petang ada tempahan yang akan dihantar. Jadinya terkejar2 untuk menyiapkannya...
Sayur2nya terpulang kepada citarasa masing2. Anak2 tak berapa suka sayur, jadinya saya cuma campurkan dengan sayur2 yang ringkas sahaja...
No comments:
Post a Comment