Yesssss.....! Menjadi juga kek belang2 ni. Jeles tengok kek ni kat rumah Yatie (yatiememories) ari tu. Senang je nak buat kek ini rupanya. Nak membelangkannya pun senang jer. Memang sesuai dengan namanya Kek Marble Susu...sebab ada guna susu cair dan susu pekat manis. Saya kurangkan kuantiti gula sebab nak kurangkan manisnya...
Macam yang saya punya belang2 ni...saya sudukan 2 sudu makan warna cokelat, letak di tengah2 loyang. Lepas tu sudukan pulak 2 sudu makan adunan warna kuning, letak kat atas adunan warna cokelat tadi. Buatlah begitu sehingga habis. Tak perlu dipusing2kan dengan chopstik ke, garpu ke lagi dah...
Tengok belang2nya tu semasa baru dimasukkan ke dalam oven...
Yang ini baru dikeluarkan dari dalam loyang...
Dah dipotong...
Terasa rasa cokelatnya sebab ada serbuk koko dan juga emulco cokelat...