Friday, August 14, 2009

Sarapan Tadi

Malam semalam hubby balik dah agak lewat...lebih kurang dalam jam 10:30 malam. Majlis yang dihadirinya lari dari jadual yang sepatutnya. Itu yang menyebabkan semuanya kelewatan. Sementara menunggu hubby balik, saya membaca buku2 ilmiah disamping Adik yang membuat kerja sekolahnya yang belum selesai. Mungkin disebabkan kepenatan, selepas membersihkan diri, hubby tertidur di ruang tamu. Saya kejutkan hubby bangun untuk tidur di bilik (bukan cerita 18SX tau.....!!). Saya pulak masih bersama Adik di ruang tamu. Selesai kerja sekolahnya, Adik baring depan tv dan tertidur. Saya pulak menyambung pembacaan sambil membuat sedikit nota2 penting (macam budak sekolah pulak..!). 2 hero lagi dah tidur kat atas. Ayong pulak baring dengan Adik depan tv...tertidur jugak! Entah kenapa mata saya tak mengantuk pulak. Sampai pukul 2:00 pagi saya masih dengan buku di ruang tamu. Lepas tu saya naik ke bilik menjenguk hubby. Lena tidurnya dengan posisi yang menggoda. Hajat hati nak usik tapi kesian pulak tengok lena dalam keletihan.

Akhirnya saya turun ke ruang tamu semula. Apa nak buat ya? Jam dah menunjukkan pukul 3:30 pagi. Nak sambung membaca, macam dah tak boleh masuk kepala. Akhirnya saya ke dapur. Pegang periuk dan masak nasi lemak!!! Sementara menunggu nasi mendidih (saya masak guna dapur gas, tak guna periuk letrik), saya merebus 6 biji telur gred A. Telur tu dibasuh dulu sebelum direbus. Lepas tu dengan menggunakan air rebusan telur tu, saya rendam pulak cili kering untuk dibuat sambal ikan bilis. Tapi sebab masih terlalu awal pagi, saya batalkan niat untuk mengisar cili dan bahan2 lain. 4:30 pagi nasi lemak dah siap masak dan telur pun dah direndam dalam air sejuk. Cadangnya selepas subuh nanti baru nak masak sambal ikan bilis tapi 5:30 pagi saya dah mulakan kerja lagi. Dan inilah sarapan kami pagi tadi............! Errrr...pisang goreng tu saya goreng lewat sikit...7:00 pagi. Ayong dan Abang Yang tak sempat makan goreng pisang...makan nasi lemak je.


2 comments:

Cikmin said...

hiks...ada gak berbaur 18sx cite tu...posisi menggoda ye kak ita...

Azita Zain said...

cikmin :
hanya sang isteri yg boleh menilai sejauh mana menggodanya posisi sang suami...hahahhahahahaha.... cikmin blh gayakan posisi2 cam tu lg ke tgh membuyung ni??? cabuuuuttttt....