Monday, August 3, 2009

Kasut Raya!

Perhatian semua!!!! Sempena hari raya yang akan menjelang tak lama lagi (puasa pun belum....!), disini saya nak ambil kesempatan untuk menjual dan melelong kasut raya special dan limited edition keluaran 64SEL10 (pengeluar terbaru di dunia)!! Tawaran hanya sah sehingga 6hb Ogos sahaja!! Cepat...cepat!!!! Kasut ini hanya dikeluarkan sepasang sahaja!!! Pembeli yang menawarkan harga tertinggi sahaja yang akan berjaya mendapatkan kasut ini!!! Cepat...cepat!!!!






Aduiiiii....!!! Inilah kasut kertas hasil kerastangan Abang Yang. Khamis lepas dia ada subjek PS (Pendidikan Seni). Mintak bawak kad manila, gunting dan gam. Balik2 aje, dia bawak sebelah kasut ni...sempat siap sebelah aje masa kat sekolah. Malam tu dia siapkan sebelah lagi. Tapi saya pun tak pasti samada kasut ni untuk lelaki ataupun perempuan. Ikutkan design...macam kasut perempuan sebab ada tali2 gitu. Tapi kalau ikutkan gambar pulak...macam kasut lelaki sebab tak kan le perempuan nak pakai kasut yang ada gambar Transformer! Apa-apa ajelah!!!!

No comments: