Monday, August 10, 2009

Cerita Gula

Sekarang ni kita sedang menghadapi krisis gula. Di mana2 saja memang susah nak dapatkan gulu. Macam cerita Kak Ina KL ari tu, cuma dapat sekilo je. Kat sini pun sama...ada kedai yang dapat beli sekilo, ada kedai yang dapat beli 2 kilo. Sama juga dengan FIL saya kat Muar. Semalam (Ahad), FIL buat kenduri tahlil dan sempena menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi. BIL bagi SMS pada hubby mengatakan FIL tak dapat cari gula kat sana. Dalam banyak2 kedai di Parit Jawa tu, FIL cuma dapat beli sekilo aje. Then hubby dan Abang Ngah pun "beroperasi" pada malam Jumaat lepas. Mereka pergi ke setiap kedai di sekitar Pasir Gudang. Hubby dan Abang Ngah membeli gula secara berasingan. Mula2 mereka ke Jiason baru, dapat 2 kilo setiap orang. Di Jiason lama pun sama juga, 2 kilo seorang. Dah 8 kilo. Then mereke ke Teso dan Econsave pula. Total dapat le 22 kilo gula. Alhamdulillah. Yang itu khas untuk FIL sahaja.

Pada hari Jumaat lepas, selepas hubby dan hero2 (kecuali Adik yang bersekolah) ke masjid untuk solat Jumaat, saya dan Ayong pulak "beroperasi". Macam hubby buat pada malam sebelumnya...kami pergi ke setiap kedai runcit, pasaraya dan hypermarket semata2 unutk mencari gula. Segala usaha dan susah payah kami berbaloi sebab saya, Ayong dan Adik berjaya mengumpulkan 44 kilo gula. Sebahagiannya kami bawa balik ke rumah FIL dan sebahagiannya kami simpan untuk kegunaan sendiri. Lagipun sekarang ni saya banyak menggunakan gula untuk membuat kuih2, kek, muffin dan CC...
Balik aje dari opearsi, saya mula bersin2 tak berhenti2...hmmmm...dah kena selesema. Selepas saya makan ubat selesema, saya pun mengucapkan "selamat malam" kepada anak2 dan hubby. Lena hingga ke pagi...penangan ubat selesema tersebut.... Bangun pagi, selesema pun hilang!!!


Inilah hasil "terjah" kami ke setiap kedai, pasaraya dan hypermarket hari Jumaat lepas... berbaloi...!

No comments: