Monday, August 31, 2009

Emak Disyaki H1N1...

Pagi Sabtu lepas terima sms dari Mak Su mengatakan dia ke Pahang bersama abang, kakak ipar dan anak2 saudaranya (abang Mak Su ialah adik lelaki saya la...). Dalam perjalanan ke Temerloh, mereka singgah di Genting Highlands dulu. Nak naik kereta kabel. Teringin sangat katanya. Masa kat atas kereta kabel tu, Mak Su ada buat panggilan 3G dengan saya. Menunjukkan muka2 mereka yang kat dalam kereta kabel tu. Mak Su tu sebenarnya takut dan gayat. Sama gak dengan SIL dan anak2 buah. Tak berani nak pandang ke bawah!! Nak termuntah pun ada kata mereka. Hiiii...nail kereta kabel le best...boleh tengok pemandangan yang saujana mata memandang!

Dalam pukul 4:30 petang, saya terima panggilan dari Yanti (SIL yang baru lepas operation ari tu). Dia balik ke kampung bersama adik saya (suami dia la...). Yanti kata emak kena tahan di wad di Hospital Besar Ipoh. Hari Khamis lepas (6 Ramadhan), Mak Su dah bawak emak ke HBI jugak tapi balaik pada hari yang sama selepas masuk oksigen sebab lelah. Lepas tu, pagi Sabtu hari tu Yanti dan Bam (adik lelaki saya tu...) bawak emak ke klinik swasta sebab batuk, demam belum pulih. Doktor bagi surat suruh rujuk ke HBI. Sebelah petang baru mereka bawak emak ke HBI dan terus kena tahan di wad. Berita yang tidak emnggembirakan dan amat merunsingkan ialah emak disyaki menghidapi H1N1. Ya Allah!!! Selamatkanlah ibuku dari penyakit merbahaya tersebut! Bila dengar aje, saya jadi panik. Memang emak ada penyakit2 lain. Dan dari statistik yang selalu disiarkan di TV, orang2 yang senang dijangkiti ialah mereka2 yang telah berumur dan mempunyai masalah kesihatan, kanak2 dan ibu2 yang baru melahirkan. Itu yang membuatkan saya bertambah2 risau. Cumanya...penyakit itu belum confirm lagi...baru disyaki! Jadinya emak telah ditempatkan di wad kuarantin bersama pesakit2 lain yang turut disyaki. Emak ditempat di Wad 8A, Hospital Besar Ipoh.

Semalam, adik saya yang tinggal di Putrajaya tu balik ke kampung tapi sayang sebab tak dapat berjumpa dengan emak. Kanak2 apatah lagi...langsung tidak dibenarkan naik ke wad tersebut. Adik2 dan ipar-duai saya bercakap dengan emak pun cuma boleh nampak emak dari luar tingkap tapi bercakap menggunakan telefon bimbit je. Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam wad tersebut.

Pagi tadi saya telefon emak lagi bertanya khabar. Alhamdulillah! Demam dah hilang, sakit kepala, pening pun dah ok. Cuma batuk tu masih ada. Masa tu ada jururawat sedang memeriksa kandungan oksigen dalam badan emak. Petang tadi saya dapat sms dari Mak Su. Katanya emak dah dipindahkan ke tingkat 2 pulak. Saya telefon Mak Su bertanyakan cerita sebenar. Katanya emak dah bebas dari disyaki H1N1 tapi terpaksa di tahan di tingkat 2 sebab kencing manis emak agak tinggi. Emak tu sebenarnya bukan boleh duduk diam macam gitu tambah2 duduk dalam wad. Selalu tu kalau di rumah ada saja benda dan kerja yang dilakukannya termasuklah mengait kelapa yang tinggi tu menggunakan galah! Walhal, anak2 lelakinya ada 3 orang (masing2 sudah berkeluarga) duduk di keliling rumah. Cucu2 pun ramai keliling pinggang tapi semua benda tetap nak dibuatnya sendiri.

Alhamdulillah! Lepas satu kerisauan yang melanda cumanya emak masih lagi di hospital! Doa saya panjatkan kepadaNya moga emak cepat2 sembuh dan kembali sihat! Kesian emak sorang2 kat hospital....

Friday, August 28, 2009

Semalam Dan Hari Ini...

Hari ni dah 7 hari kita berpuasa. Bagi ibu2 dan surirumah mesti pening kepala memikirkan apa menu untuk berbuka dan bersahur. Samalah juga macam saya. Waktu berbuka kami lebih suka makan nasi (kecuali saya yang suka berbuka dengan kuih-muih je). Waktu bersahur pulak, anak2 lebih suka koko crunch ataupun milo crunch (ada ke??). Hubby tetap dengan nasinya. Lauknya hubby tak kisah. Telur dadar pun cukup...

Tapi berbuka hari ini tanpa hubby sebab hubby berbuka puasa bersama stafnya di Tanjung Puteri sempena meraikan seorang engineer yang berhenti kerja. Berhenti kerja pun ada orang raikan...best ye! Jadinya menu berbuka kami petang tadi ialah nasi putih dan kawan2nya. Ikan Lemak Cili Padi Bunga Kantan tu sebenarnya lebih bersahur semalam. Sama juga dengan Kuih Limas tu...extra berbuka semalam. Simpan dalam peti sejuk, petang tadi kukus semula. Jadinya saya cuma masak Ikan Masak Cuka je dan bancuh air Grape Smoothie. Ada lebihan anggur dalam petiais yang tak dimakan oleh anak2. Daripada duduk diam kat situ, baik saya olahkan menjadi sesuatu. Maka jadilah Grape Smoothie ni...

Bercakap pasal Kuih Limas ni, ramai gak yang bertanya, kuih ni sama ke dengan Tepung Pelita? Jawapannya....TAK SAMA! Mungkin cara membancuhnya sama. Warna bahagian bawah dan atasnya pun sama tapi bahan2nya lain sikit. Kuih Limas gunakan tepung gandum dan tepung ubi tapi Tepung Pelita gunakan tepung beras dan tepung jagung. Lagipun Kuih Limas ni ada gula di bahagian bawahnya. Sebelum kita tuang adunan untuk bahagian bawah tu, kita sudukan dulu gula pasir ke dalam bekasnya. Itulah perbezaan diantara kedua2 kuih ni. Jangan keliru ya! Jom layan....!





Kuih Limas...


Artifak Lagi

Semalam dapat benda2 ni. 8 pieces. Bertambah koleksi bawah katil lagi!!! Tak ada tempat nak simpan dah cuma bawah katil je yang kosong! Kalau le katil tu patah, kan...mesti ranap benda2 ni kat bawah katil tu. Tapi yang ini cantik pulak...leh guna selalu. Tak payah le simpan bawah katil rasanya.



6 Ramadhan 1430H

Semalam berbuka dengan menu ringkas aje. Bercadang untuk buat Kuih Limas (bukan rumah limas kat Danga Bay tu ye...!) tapi tak berapa tau bahan2nya. Dalam pukul 2 petang semalam saya pun telefon emak kat kampung nak bertanyakan macamana nak buat kuih tu. Mak Su (adik bongsu) yang menjawab panggilan. Terkejut juga sebab sepatutnya waktu tu Mak Su berada di pejabat, bukan di rumah. Rupa2nya Mak Su balik sebab nak bawa emak ke klinik. Emak tak sihat. Pening dan sakit kepala yang amat sangat, muntah2, menggigil, demam dan kesejukan. Saya sempat bercakap kejap je dengan emak tapi tak bertanyakan pasal kuih tu pun. Dengar suara emak pun dah sedih...sakit sangat bunyinya. Saya suruh Mak Su cepat2 bawa emak ke klinik. Lepas tu saya telefon Wanie (SIL) kat sebelah rumah emak, dia memang terer buat kuih ni sebab memang dia jual dan selalu buat dalam kuantiti yang banyak. Saya langsung bagi tau pasal emak. Dia pun terkejut jugak.

Tak lama lepas tu, saya dapat sms dari Wanie mengatakan emak kat dalam wad kecemasan. Saya ingatkan kat klinik kerajaan kat simpang nak masuk ke kampung tu aje tapi rupa2nya di Hospital Besar Ipoh. Masuk oksigen dan kencing manisnya meningkat hingga ke angka 19! Emak memang ada kencing manis dan jantung pun ada masalah sikit. Mak Su dan Wanie yang bawak emak ke hospital. On the way ke hospital pun emak muntah2 dalam kereta Mak Su. Kat dalam wat kecemasan tu cuma Mak Su je yang boleh temankan emak. Wanie kena tunggu kat luar. Lepas tu adik saya (suami Wanie) lak sampai, boleh tengok emak sekejap je. Lepas masuk oksigen, mereka bawak emak pergi x-ray lak. Paru2 pulak ada jangkitan kuman sikit. Sikit macam mana tak tau le. Lelahnya dah kurang selepas masuk oksigen tu.
6:15 petang dapat sms dari Mak Su mengatakan emak dah ok sikit. Lelah dah ok, kencing manis dah turun ke angka 14. Emak dah boleh balik ke rumah dan tak perlu masuk wad. Alhamdulillah!

Berbalik kepada Kuih Limas tadi, selepas called Wanie saya terus ke belakang rumah untuk mengambil daun pisang. Selepas dilayur, saya pun membuat bekas untuk Kuih Limas tu. Senang je nak buat bekas tu. Tapi saya tak buat banyak cuma dalam 15 bekas je. Selepas tu saya pun terus mengukus Kuih Limas. Since bekas daripada daun pisang tu tak cukup, saya gantikan dengan clear container yang kecik2 tu pulak... Main course pulak saya cuma masak Nasi Goreng Pattaya. Saya ada juga masak Mayung Cili Padi Bunga Kantan sebagai backup, kot2 ada yang nak akan nasi putih tapi tak laku rupanya. Hmm...jadi hidangan untuk bersahur je la...!



Nasi goreng pattaya tanpa sos tu untuk Adik, jus sirap oren, kuih limau (2 versi) dan nasi goreng pattaya plus sos...

Thursday, August 27, 2009

Nasi Ayam

Salam sejahtera untuk semua. Bulan puasa ni asyik cerita menu berbuka puasa je... Tak payah cerita la...kita tengok je...! Semalam berbuka dengan Nasi Ayam bersama Ayam Bakar Berempah, betik dan Laici Smoothi.

Laici Smoothi, Sup Ayam, Nasi Ayam, betik dan Ayam Bakar Berempah...

Tuesday, August 25, 2009

Berbuka Apa Hari Ini...

Menu untuk berbuka puasa hari ini...4 Ramadhan...ringkas je. Ada lauk, ada sayur dan pencuci mulut. Lauknya... Ayam Goreng Berempah Serai. Pergi rumah Hana, nampak ayam ni. Pergi rumah Kak Ina pun nampak ayam ni gak. Itu yang mencuba pulak ni. Sedap! Serbuk2 tu sedap dimakan digaul dengan nasi panas...! Sayurnya...Sup Sayur...hehehe! Dan Sagu Gula Melaka sebagai pencuci mulutnya. Nasinya...nasi putih je! 3 jenis je, tak boleh banyak2 nanti tak tau nak maskan mana satu... Jom layan gambar!




Al-Fatihah Untuk Wak Sahlan


Selepas hubby dan anak2 balik dari solat subuh di masjid pagi tadi, hubby telah menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan. Pemergian Wak Sahlan untuk selama2nya! Wak Sahlan ni ialah pemandu van sekolah di sini. Beliau cukup dikenali dan disenangi oleh semua orang sebab peribadinya yang macam kebapa2an. Beliau amat mengambil berat dan menjaga setiap anak yang menaiki vannya. Kalau sebut aje nama Wak Sahlan, semua orang mengenalinya. Bayangkan bagaimana beliau sanggup turun dari van dan mendukung seorang anak yang enggan ke sekolah dan meletakkannya di dalam van sebelum meneruskan pemanduan. Kalau ada anak2 yang terlambat, sanggup beliau menunggu sehingga anak2 tersebut menaiki vannya. Memang seorang yang amat perihatin! Kalau ada kelas tambahan atau apa2 aktiviti sekolah, beliau sanggup mengambil dan menghantar balik. Anak2 saya adalah diantara anak2 yang menaiki van beliau.


Tapi hari ini beliau telah kembali menemui PenciptaNya...untuk selama-lamanya! Al-Fatihah untuk Wak Sahlan, pemandu van T1. Moga roh beliau berada disisi orang2 yang beriman dan istimewa di sisiNya. Amin...!

Monday, August 24, 2009

Menu Ramadhan Ke-3

Baru masuk hari ke-3 berpuasa, pening kepala memikirkan nak masak apa untuk berbuka dan bersahur. Tapi kebiasaannya, apa yang dimakan waktu berbuka yang itulah juga akan dimakan waktu bersahur kecualilah makanan tu dah habis. Kadang2 tu kena memasak sekali lagi waktu bersahur tu. Anak2 senang je, kalau ada coco crunch pun dah mencukupi. Sekarang ni musim cuti sekolah, anak2 semua ada kat rumah. Biasalah...kalau semua ada kat rumah, kecohnya semacam. Ada je yang berbunyi... Kadang2 tu runsing, kadang2 tu saya turut join sekali menambahkan keriuhan.... Jom tengok apa menu kami hari ini...


Rendang Pedas Ayam untuk lauk waktu bersahur...



Strawberi ni lebih waktu menghias kek Sabtu lepas..



Sayur goreng yang paling ringkas...Sayur Goreng Soso Tiram...kucai dan taugeh...



Apam Gula Hangus...buat 20 biji je....



Bawal Masam Manis...



Sotong Goreng Tepung...

Sunday, August 23, 2009

Award Deeja

Terima kasih Deeja untuk award pink ni...! Kami ini orang senegeri, Deeja dari Taiping, saya dari Chemor. Baru aje kenal pun kat alam siber ni. Thanks Deeja....selamat berpuasa!



Makan Apa Semalam?

Semalam kan ker anniversary saya, kan? Dan memandangkan semalam jugak hari pertama berpuasa, so pagi2 tak le sibuk sangat. Masa ni saya mula membelek resepi2 kek yang ada. Nak buat kek apa ya? Memang bercadang nak makan hasil tangan sendiri. Dah pandai sikit2 ni...tu yang nak praktikkan tu. Akhirnya resepi Kek Butter menjadi pilihan. Dan cara hiasannya saya ikut cara Chef Norzailina. Selepas membeli mixer dan oven semalam, kami singgah di Tesco. Nak cari strawberi dan krim putar. Dan inilah hasil kerja tangan saya untuk kek anniversary semalam...!



Dan untuk juadah berbuka hari pertama puasa, saya cuma sediakan Double Layered Pudding dan Kari Ikan aje. Hubby kata cukuplah itu saja. Masak macam2 nanti, anak2 bukannya nak makan sangat. Mereka lebih suka pada satu jenis lauk aje.






Menu Berbuka 2 Ramadhan

Apa saya masak untuk berbuka tadi? Saya memang dah lama teringin nak makan kuih Puteri Ayu. Pernah juga terjumpa di pasar malam dan pasar tani tapi macam tak kawww gitu. Buat sendiri lagi puas hati. Dan stand mixer saya tu dah pecah dara tadi...! Kejap je nak mengembangkan adunan bila guna mixer yang ini. Selepas siap Puteri Ayu, saya masak pulak Rojak Tepung. Resepinya saya ambil dari rumah Hana. Ada juga saya nampak kat rumah yang lain2. Masing2 dah mencuba buat rojak ni dan hari ni sampai giliran saya pulak...


Dah siap pun adunan untuk Puteri Ayu...


Hasilnya....Puteri Ayu...


Rojak Tepung....


Aksesori dalam Rojak Tepung...kentang rebus, kacang panjang, taugeh, telur, tauhu, sengkuang, timun, cucur tepung dan kuah kacang...


Hadiah Ulangtahun Perkahwinan...

Alhamdulillah! Sebenarnya tidak mengharapkan apa2 pun dari hubby tapi hubby nak bagi, saya terima dengan senyuman sampai ke telinga. Semuanya barang idaman saya. Bunga ros memang tak pernah missed dalam apa2 ulangtahun pun samada ulangtahun kelahiran, ulangtahun perkahwinan atau apa2 keraian yang berkaitan dengan saya. Dapat 16 kuntum mawar merah yang besar dan segar bersempena dengan ulangtahun ke-16. Masa birthday ari tu dapat 42 kuntum sebab umur dah 42. Bunga ni hubby pergi beli dengan Adik pada sebelah petang. Masa tu saya tengah memasak. Dalam kelam-kabut bersilat kat dapur tu, Adik bawak masuk bunga tu. Biasalah....Adik memang kaki kepoh. Dia yangberiya2 sangat. Dan...sebuah ciuman singgah kat pipi hubby.....hehehe...sayang hubby!!!!


Lama dah teringin stand mixer yang cam gini. Selalu tu guna yang kecik2 tu aje, yang ada stand jugak. Lepas tu, masa tengah pukul telur untuk buat kek ari tu, tiba2 rosak pulak. Hubby pergi beli yang hand mixer tu aje, yang tak ada stand tu. Adui....penat le cam gini! Dah dapat yang ini...hmmmm...hand mixer tu masuk stor je la lepas ni. Electric oven tu pulak, mula2 nak beli brand Zanussi yang rupanya macam petiais yang paling kecil tu tapi memandangkan dapurku yang sempit dan tak cukup ruang tu, saya tukar fikiran ambil yang simple gini je. Yang ini lebih besar daripada apa yang saya guna selalu tu. Koleksi yang lama tu nanti2lah saya tunjukkan.... Sebenarnya saya dan hubby yang pergi beli barang2 ini. Beli 2 barang ni dapat seterika percuma satu...

Stand mixer, electric oven dan iron....

Saturday, August 22, 2009

22nd August 2009 - 16th Anniversary


Today is the day!!!! Today is 1st Ramadhan 1430H as well as our 16th Anniversary!!!! Special to my hubby, 004Rang (yoong-yoong-sa-rang)!!! Moga perkahwinan kita akan kekal hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmatNya dan bahagia selamanya!!! Amin......


Friday, August 21, 2009

Kad Ramadhan Lagi....!

Terima kasih kepada pemberi2 kad Ramadhan ini. Selamat menyambut Ramadhan 1430H untuk semua sekali lagi...


Daripada Ros aka Onigiri....


Ini diterima daripada NJ...








3 kad di atas dapat dari Linda...




Dari Nina Sweetlilly...







2 kad di atas ni dapat dari Kak Ina KL...



Yang ni bawak dari Jepun...dari Hana...



Yang ni pulak dari Aymy, nun jauh di Kuwait...




Salam Ramadhan 1430H


Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H kepada semua rakan-rakan di alam maya ini samada yang ada blog ataupun tidak. Dan saya juga ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan bicara sepanjang saya menjadi salah seorang dari blogger di sini. Selamat menjalani ibadah puasa dan moga puasa dan amalan kita mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya. Amin!

Dan kepada semua ingin saya hulurkan dua keping kad ini sebagai pengganti diri. Sudi-sudikanlah mengambilnya sebagai tanda ingatan ikhlas dari saya. Kepada yang tak ada blog tu, bolehlah dicetak atau download masuk ke handphone dan set sebagai wallpaper ke...apa ke... Jadikan wallpaper ataupun screensaver untuk komputer pun boleh jugakkk....!




Kad Ramadhan Lagi...

Terima kasih kepada kawan2 yang sudi memberikan kad bersempena Ramadhan 1430H. Dan kepada semua pengunjung, saya ucapakan Selamat Menyambut Ramadhan 1430H.


Dari Nor - Terengganu


Dari Mimi (Chik Mi)...

Dari Jiya...


Dari CT Delima...


Thursday, August 20, 2009

Hmmmm...Roti Lagi!

Tengahari semalam mencuba untuk mengadun roti dengan menggunakan resepi Roti - Doh Asas oleh Nor kat MyResipi. Saya ikut aje bahan2 dan sukatan yang diberikan kecuali saya cuma tambah bread softener dan improver sikit. Gunakan BM untuk mengadun...dah ada BM, tak payah guna tenaga 4 kerat... Siap mengadun, membumbung naik adunannya. Lepas tu saya bahagikan adunan kepada entah berapa bahagian tak ingat sebab setiap bahagian saya timbang lebih kurang 50 gram gitu... Ikut kata Nor lah ni! Lepas tu 3 biji saya letak coklat putih di dalamnya, 3 biji lagi coklat yang coklat, sebiji letak blueberry (susah sikit nak cantumkan balik sebab berair sikit intinya...), ada yang saya pintal2 jer, ada yang ditambah chocolate emulco dan ada yang pplain aje. Yang berinti2 tu saya susun dalam dulang oven dan tunggu hingga naik 3x ganda baru dibakar. Yang choc emulco dan plain tu saya susun berselang-seli dalam loaf pan. Bayangkan masa mula susun doh dalam pan tu, pan 3" x 7", memang tingginya tak sampai pun 1/3 tinggi pan tu. Bila dah naik....melebihi ketinggian pan!!! Adui...camana nak bakar ni? Oven saya tu kecil molek je. Kalau letak tak level 2, atasnya dah nak kena dengan pemanas bahagian atas tu. Kalau letak kat level 1, yang bawah pulak hampir sangat dengan pemanas bahagian bawah. Nekad aje letak kat level 1... Set masa 20 minit je. Selepas 20 minit..... tinggggg!!!! Oven berbunyi menandakan "masa dah time".... dah cukup masa!!! Alamak....hitam jugak kat bahagian atas tu... Issshhhhh....ni kena cari oven besar sikit ni. Kalau tak, tiap kali membakar mesti ada je yang "tergaring dan terhangus"... Yang saya buat dalam bentuk bun tu tak sempat nak snap gambar sebab dah abis kena makan. Saya makan yang blueberry...memang gebu dan sedap! Yang cokelat, anak2 dan hubby yang ngap! Dan yang bawah ni ialah yang saya bakar dalam loaf pan... Memang gebu dan lembut. Hubby kata lepas ni tak payah beli roti lagi....... Nampaknya kena belajar teknik2 nak menempa roti la pulak!! Sarapan tadi dengan roti ni dan jugak meehon simple...


Gebu, lembut dan yummy....!



Meehon simple....


Wednesday, August 19, 2009

Kad Ramadhan

Dari Anawahid - Batu Pahat


Dari CikMin - Bentong, Pahang

Andai Ini Ramadhan Yang Terakhir


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu
"ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami, dosa kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
&
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak