Birthday Adik yang ke-4 sebenarnya hari Ahad lepas, 14hb. December. Tapi tak dapat nak celebrate sebab Adik berada di kampung Atok kat Parit Ibrahim, Parit Jawa, Muar. Hari Ahad pukul 11:00 malam baru hubby dan Adik sampai rumah. Jadinya malam tadi, baru kami konon2nya celebrate la. Kami gi ke Pizza Hut yang baru di bukak kat Taman Dahlia tu. Tapi kami pergi tanpa 2 orang abangnya sebab mereka masih lagi di kampung.
Abang Ngah dan Abang Yang memang suka sangat tinggal kat kampung Atok. Suka sebab ada sebabnya, bukan sesaja suka tu!! Abang Ngah selalu tolong Pak Andaknya repair motor sebab kat tepi rumah Atok tu ada bengkel motor Pak Andak. Time Pak Andak nak test motor, dia pun tumpang 'merempit' sekaki. Lepas tu kat rumah Atok tu banyak motor dan dia pun dah berguru dengan Pak Tam. So memang ke hulu ke hilir naik motor je. Tapi kat situ tak bahaya sebab jauh dari jalanraya besar, setakat jalan dalam kampung tu je. Itupun tak sibuk. Aku pun tak le risau sangat!
Abang Yang pulak ada sepupu yang jadi geng dia. Tiap kali balik kampung Atok mesti geng dengan Aziq, anak bongsu Pak Long. Aktiviti dema berdua ni macam2. Naik basikal, memancing kat parit tepi rumah Aziq tu, dll. Rumah Aziq tu dekat je dengan rumah Atok. Itu yang diapun asyik ulang-alik je ke rumah Atok.
Berbalik citer pasal Adik tadi. Malangnya tak ada birthday cake untuk Adik. Nak buat sendiri bukannya tak boleh tapi tak pandai lagi nak decorate cam orang lain tu. Ada sapa2 yang boleh ajar tak?? Tapi hari ni mesti belikan jugak tapi yang paling kecik aje la!
Masa sampai kat Pizza Hut tu, orang tak le ramai sangat. So senang nak pilih nak duduk kat area mana. Ayong pilih meja yang hampir dengan dinding kaca. Sejuknya kat dalam tu! Dan kami pun orderlah apa yang patut. Mushroom soup memang jadi kegemaran Adik, begitu juga dengan chicken wing. So yang itu mesti ada dalam order list!


Sebelum balik, Adik sempat gak naik gelungsur yang disediakan kat bahagian luar tu.
2 comments:
akak p situ servis ok ka??? masa kita p org tak ramai pon tp servis dia adoiii kalah siput...sbb mkn ngan company hb so depa bising ler haa skali dpt pizza pree hehhehe sbb servis depa mmg lmbt..hrp2 dh berubah ler pas tu layannan tak mesra alam..geramm jerrrr
nak kata 100% ok, tak jugak. sebab Ayong punya cheese baked rice tu yang paling lambat datang. itupun dah banyak kali tanya. alasannya - salah letak order. ada ker patut?? tapi yg lain2 ok nampaknya.
Post a Comment