Thursday, December 11, 2008

Persediaan Persekolahan (1)

Dah 11hb Disember hari ini. Lebih kurang 1/2 bulan lagi sesi persekolahan untuk tahun 2009 akan bermula. Pendaftaran dan penjualan buku tulis juga dah bermula.

Pagi semalam, awal2 pagi lagi aku dah sediakan masakan untuk lunch hari ni. Aku masak rendang pedas ayam je bersama nasi putih. Lepas tu aku bersama2 dengan 3 orang hero aku tu, memulakan perjalanan dengan menuju ke Sek. Keb. Taman Pasir Putih (SKTPP) dulu. Tujuannya ialah untuk membeli buku2 tulis dan buku2 aktiviti untuk anak aku yang akan naik Tahun 4. Tapi aku tak beli pun buku2 aktiviti tu, aku beli buku2 tulis aje. Buku2 aktiviti boleh dibeli kat luar, lagipun lebih banyak pilihan. Penjualan buku2 tulis bermula pada 9hb. Disember hingga 26hb. Disember 2008 dari jam 9:00 pagi hingga 1:30 tengahari setiap hari keculai pada hari Sabtu, Ahad dan cuti am. Tahun ni cuma Abang Yang aje yang bersekolah di sekolah kebangsaan. Abang Ngah dah nak naik Tingkatan 1, Ayong Tingkatan 3 dan Adik baru nak masuk tadika.

Selepas beli buku2 tulis Abang Yang, kami ke sekolah sebelah pulak - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih (SMKTPP). Ambik borang pendaftaran untuk Abang Ngah (Form 1). Selepas itu kami ke JPN Pusat Bandar pulak untuk mengambil MyKad untuk Abang Ngah. Tak ramai orang masa tu. Masa nak buat MyKad dulu, Ya Allah..., punyalah ramai orang berebut2 dan berpusu2 untuk mengambil nombor. Tak lama menunggu pun. Adalah dalam 10 minit kot.

Lepas tu kami ke kedai gambar pulak. Untuk pendaftaran Adik kat tadika nanti, 4 keping gambar beukuran kad pengenalan diperlukan. Tu yang singgah kat kedai gambar tu. Nasib baik Adik memang suka berposing, so senang aje cameraman tu bagi arahan. Ngikut je dia.... Then Abang Yang pulak. Kedua2 mereka ni masih ada kesan chicken pox kat muka mereka. So dalam gambar tu pun adalah jugak bitik2 hitam kelihatan. Kureng sikit ketampanan mereka.....!

Abang Ngah (biru), Adik (kuning) dan Abang Yang
Hmmm....lepas tu Adik nak makan aiskrim pulak! Singgah kat kiosk McD kat tingkat atas tu. Beli McFlurry Oreo dan Choco Top. On the way balik, singgah kat Taman Mawar kejap. Menjenguk lembu yang dah sampai kat situ untuk buat korban semalam tu. Masa sampai, Bob dan Mursyid tengah makan nasi. Kelaparan la tu.... Penat menguruskan penyembelihan dan pengangkutan lembu dari Cahaya Baru ke Taman Mawar. Cerita pasal korban kali ke2 ni dah cerita kat entry awal pagi tadi tu....

No comments: