Petang Rabu tu, kami pergi ke KWSP di Bangunan KWSP Jalan Air Molek, JB. Hubby cuti half day petang. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan duit EPF untuk melangsaikan hutang rumah dengan HSBC.
Ingatkan, kalau pergi JB, naik Kancil lagi senang. Nak parking pun senang nanti. Ya lah.... sebijak andaaa!!!!! Masa keluar dari rumah tadi Kancil menghadapi masalah bila dah sampai kat tangki air simpang empat tu. Tiba2 je temperature jadi tersangat2 tinggi! Sedangkan pagi tu hubby pergi kerja bawak kereta tu. Hubby pun berhentikan kereta kat tepi jalan depan tasik tu. Dia check apa yang patut. Nasib baik hubby terror la jugak pasal kereta ni. Rupa2nya air dah abis. Hubby gi menyeberang jalan ambik air kat tasik tu dengan berbekalkan sebiji botol 100Plus yang kecik tu. Lepas tuang, tak cukup lagi. Cari2 botol kat situ, jumpa satu lagi yg kecik jugak. Gi ambik air lagi.... Lepas dah tuang macam tak cukup jugak. Aduiiii...! Dah le panas! Kesian tengok hubby. Dia cari lagi botol kot2 ada, jumpa satu lagi yg kecik jugak! Kali ini 3 botol air sekali bawak. Lepas isi, hubby start enjin dan kami terpaksa buat U-turn balik ke rumah untuk tukar kereta. Itupun, dalam perjalanan balik ke rumah tu, kami berhenti sekejap kat area LaFarge tu sebab temperature dah tersangat2 tinggi lagi. Then hubby drive perlahan2 sampailah ke rumah. Then kami tukar Trajet pulak..... Dah namanya pun ada "jet" kat belakang kan, so laju aje la perginya!!!! Aduiiiii....berpeluh jugak!
Hmmm.... khidmat kakitangan kerajaan dah banyak sangat improvenya. Dah lama jugak saya tak berurusan dengan jabatan kerajaan. Last sekali hari tu masa pergi buat dan ambil MyKad Abang Ngah kat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).
Sebelum tu hubby dah merisik2 dengan rakan sekerja, procedures untuk keluarkan duit tu. So, saya pun prepare kan semua dokumen2 yang diperlukan. Antara support documents yang diperlukan ialah loan balance statement dari bank, IC, S&P - yang original dan salinan. Sampai sama kami pun ambik nombor kat reception tu. Then tunggu dipanggil untuk ambik borang dulu.
Masa menunggu giliran tu, bermacam2 gelagat orang yang berurusan dengan kakak (kot!) yang bertugas kat kaunter 1 tu (kaunter borang). Kalau tak silap nama kakak tu Nurizzah. Tapi dia tetap melayang dengan penuh senyuman. Saya yang memerhatikannya pun turut tersenyum dengan kerenah2 pelanggannya. Tiba giliran kami. Saya pun bagi salam dan bersalam (tanda hormat le tu...). Dan kami pun menyatakan hasrat kami....
Rumah tu dibeli atas nama saya tapi pinjaman kat bank (actually re-finance) dibuat atas nama kami berdua. Lebih kurang cam gini la perbualan kami :
kakak : ada bawak dokumen2 yang diperlukan?
saya : ada, ada kat sini
Saya pun keluarkan dokumen2 tu dari envelope yg dipegang dan bagi pada kakak tu.
kakak : ini pertama kali ke?
saya : ya...
kakak : borang dah ada?
saya : belum, baru nak ambil le ni...
kakak : ok, saya check dulu dokumen2nya cukup tak.
Kakak tu ambik la borang dan check list dan pang!!!!! dia cop kat atas borang tu.......... terkejut je!
kakak : ok, sekarang ni nak kelurkan duit siapa? sorang ke berdua?
saya : dia punya (sambil tunjuk pada hubby la....)
kakak : ok, kalau nak keluarkan dari akaun suami (sambil dia tick pada check list yg dah dikepilkan dengan borang permohonan tu..), IC ada (tick kat column IC), S&P pun ada (tick kat column S&P), balance statement ada (tick kat column balance statement) dan sijil nikah ada? Tak ada sijil nikah, kad nikah pun boleh...
hubby : ada tapi kat rumah le...
saya : kad nikah memang tak ada. zaman kami dulu tak ada guna kad lagi...
kakak : dokumen lain semua dah ada, cuma perlukan sijil nikah aje...
hubby : alamak...kena balik pasir gudang balik, kena datang balik sini.... (macam mengeluh jer...!)
saya : kalau saya keluarkan dari akaun saya, sijil nikah tak perlu, kan??
kakak : ha'ah, tak perlu..
hubby : kalau gitu keluarkan dari akaun ita jer la...tak payah ulang-alik lagi!
kakak : macam tak ikhlas aje.... (sambil ketawa dan tersenyum...)
Kami pun sama2 la ketawa.... Lawak tu!! Sambil membelek balance statement, kakak tu pun menerangkan kepada kami maklumat2 yang perlu diisikan dalam borang permohonan tersebut.
Tapi senyuman tetap tak lepas dari bibir kakak tu.....!! Terima kasih kerana melayan kerenah kami!!!
Dah ambik borang dan ucapkan terima kasih, kami pun keluarlah kat bahagian luar tu untuk mengisi borang di meja yang disediakan. At the same time, hubby pergi photostate S&P. Kat kiri dan kanan saya ada jugak orang lain yang sedang mengisi borang masing2. Mana2 yang saya tak tau nak isi apa tu, saya bertanya pada orang sebelah. Sampai le ke bahagian akhir, saya tanya orang sebelah, dia pun tak tau. Saya pun pergi la jumpa kakak tu semula. Kebetulan masa tu tak ada orang kat kaunter dia. Dengan senyuman manis dia menjawab segala pertanyaan saya. Alhamdulillah!!!! Siap borang diisi dengan segala maklumat yang diperlukan, sekali lagi kami beratur untuk ambil nombor. Kali ini untuk urusan penyerahan borang. Dapat nombor 2222. Sekarang nombor 2221 sedang dilayan. Tak sempat nak duduk, nombor kami dipanggil ke Kaunter 20. Jauh jugak nak jalan sebab kami tunggu kat area kaunter 6 gitu. Alhamdulillah, petugas yang melayan kami pun sentiasa senyum mesra aja. Tapi saya lupa pulak nama dia. Kali ini staf lelaki (tu yang tak ingat nama tu....!).
Dia semak dokumen, check cap jari, ambik cap jari, check current epf balance statement, then finished! Boleh semak dalam masa 3 minggu kat hotline yang disediakan. Alhamdulillah!!! Selesai tugas untuk hari ini.
Bila semua urusan dah selesai, terasa keroncong pulak perut kami. Kami singgah kat Citibank dulu untuk drop-in cheque... bayar credit card! Lepas tu kami terus ke Jusco Permas Jaya, nak gi makan. Kami menjamu selera kat Sedap Corner. Kebetulan tengah ada promotion. Beli satu makanan dapat free minuman - Teh-O-Ais. Beli hot drinks dapat kuih. Saya order Fish Kuay Teow dapat free Teh-O-Ais, hubby pulak order Mee Hoon Tomyam, dapat Teh-O-Ais free gak. Lepas tu hubby order lagi Iced Lemon Tea dan saya pulak order hot capuccino, dapat free kuih. Yang ada, kuih yang tak berapa kawww, so saya ambik le kasui tapi dimasak guna acuan kuih lompang. Dapat le 3 biji..... Alhamdulillah! Kenyang..... Dari Permas Jaya kami ke Taman Molek pulak, ke HSBC. Bank-in cheque untuk bayar kad kredit jugak...!!
Kalau loan rumah ni settle, tinggal Trajet aje yang kena bayar bulan2. Itupun sampai bulan September 2009 aje. Lepas tu... baru boleh tarik nafas panjang sikit sebab hutang besar2 dah langsai! Syukur Ahamdulillah!!