Panjang kisah mengenai Bas Ekspres StarMart dan rentetan-rentetan sebelumnya dan kaitannya dengan rendang tok Harissa. Kisahnya bermula dari bulan Ramadhan lagi....
31hb Mei nampak si Yati ni post pasal merendang tok. Sekali kacau 15 kilogram. Dia tak kacau secara manual tapi menggunakan mesin. Jadinya tak ada masalah kalau memasak banyak-banyak sekali harung. Lama dah saya tak merendang tok. Teringin punya pasal, saya pun membuat tempahan untuk 2 kilo.
Mula-mula minta dia hantarkan ke Sunway, kepada anak bujang saya. Tapi sebab dia sangat-sangat sibuk dengan berbagai tempahan, dia tak dapat nak hantarkan. Anak bujang pulak tak ada kenderaan nak pergi ambil. Jadinya, saya buat keputusan untuk singgah di kedai dia dalam perjalan balik dari Perak ke Johor nanti. Maknanya selepas raya la. Dia dah asing dan bekukan 4 bekas, setiap bekas 500gm.
Tibalah harinya kami balik ke Johor dari Perak. Bergerak seawal jam 10:00 pagi dari Chemor. Masuk je Tol Ipoh Selatan, kenderaan dah bersusu-susun panjanggggg. Belum apa-apa lagi dah mula kesesakan di situ. Memang banyak sangat kenderaan tapi tidaklah sampai tak bergerak langsung. Cuma tak boleh nak memandu pada kelajuan yang telah ditetapkan. Dek kerana terlalu berhati-hati dengan kesesakan lalulintas, maka kami terus je menuju ke selatan.
Hilang ingatan lansung pasal daging rendang tok tu. Sehinggalah mendapat wassap daripada Yati yang bertanyakan samada dah bergerak dari Chemor atau belum. YaAllah! Memang lupa sangat sangat sangat...! Adoiiiiiii...camana nak buat ni. Pok pek pok pek...akhirnya mendapat persetujuan untuk diposkan melalui bas ekspres je.
Hari Selasa, dapat mesej daripada Yati. Rendang tok akan diposkan hari ini, 11hb Jun, Selasa. Urusan pengeposan diuruskan oleh anak sedara Yati. Dia siap wassap saya, bagitau nombor plat bas, nama pemandunya dan nombor telefonnya. Bas bergerak dari Seksyen 17 ke Terminal Bas Pasir Gudang (TBPG). Lepas maghrib saya wassap pemandu bas tu, bertanya dia dan sampai di mana. Dia suruh saya tunggu di TBPG jam 8:00 malam. Deal!
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga rendang tok tu ke tangan saya. Yati siap masukkan e dalam tong polisterin tu. Sebesar-besar tong tu, isinya cuma 4 bekas rendang tok. Kellaasssszzzz you! Tong polisterin bertukar tangan daripada tangan pemandu bas tu ke tangan MyKanda.
Sampai je ke rumah, terus panaskan sebekas dulu. Kebetulan ada bawa balik 2 batang lemang - lemang biasa dan lemang jagung - yang dibekalkan oleh adik saya dari kampung aritu. Lemang tu saya dah belah dan potong kepada 3 bahagian dan simpan dalam petiais. Masa panaskan rendang tok tu - rendang tok tu masih beku masa sampai ke tangan saya - saya kukuskan satu keratan lemang biasa dan satu keratan lemang jagung.
Fabiaiyiaalaa irobbikuma tukazzibaan....
Baki yang 3 bekas lagi tu, masukkan ke dalam freezer. Rasa-rasa nak makan nanti, panaskan aje semula.
Alhamdulillah. Terima kasih Yati. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah lagi halal kepada awak sekeluarga dan semoga perniagaan awak bertambah maju. Aamiin...
No comments:
Post a Comment