16.06.2019 | Ahad
Kami berlima je. Semalam dah hantar Adik balik asrama. Pagi ini kami bersarapan di McD Seri Alam. Masing-masing dengan menu pilihan sendiri. Saya mesti cari cappucino besar. Kegemaran saya. Bersarapan pun jam 10:15 pagi.
Kesian patung tu dipaikan baju stail arwah Pak Uda...
Selesai bersarapan, kami menuju ke AEON Permas Jaya pula. Orang lain dah shopping sebelum raya, kami shopping selepas raya. Bukannya shopping apa pun. Jamu mata je lebihnya. Beli jugalah apa yang perlu. Lengang je AEON. Maklumlah...selepas raya. Senang je rasanya, tak sesak.
Selesai di AEON, dalam perjalanan balik, singgah pula cari durian di Masai U-Sentral. Saja cuba-cuba nasib kot-kot ada dijual waktu tengah hari tu. Masa tu baru jam 12:40 tengah hari. Alhamdulillah...ada. Yang lain-lain terus menuju ke meja yang disediakan. Saya menuju ke rak-rak yang terdapat durian-durian. D24, IOI, Musang King, Duri Hitam, durian kampung. Tanya-tanya kepada si penjual, durian mana yang sedap. Dia pulak bertanya kepada saya, saya suka durian yang macamana. Yang pahit-pahit, yang manis-manis, yang dah lembik atau yang keras-keras sikit? Akhirnya saya pilih Durian IOI. Ambil IOI 2 biji dan durian Thailand sebiji. Jumlah RM75.
Ini durian IOI...
Habis 3 biji. Macam tak cukup. Mereka makan sikit aje. Saya je yang makan banyak. MyKanda kata kalau nak lagi, ambil je la. Apa lagi...terus bangun menuju ke rak durian lagi. Kali ini penjual tu sarankan mencuba Musang King tapi saya tak nak sebab dah pernah rasa. Dia kata durian Duri Hitam pun sedap juga. Lebih sedap daripada Musang King. Harga RM50 sekilo. Minta dia pilihkan sebiji, yang kecil je sebab harganya agak mahal. Ditimbang...RM74 sebiji tu. Nak rasa punya pasal, saya beli je. Sekali bila dia kopekkan....YaAllah! Bila dan masuk ke dalam mulut....Subhanallah, MasyaAllah! Bila dah dikunyah-kunyah dan ditelan, lalu kat anak tekak...Alhamdulillah! Wow...memang sedap! MyKanda, AbangNgah dan AbangYang makan seulas seorang aje. Ayong tak makan. Selebihnya saya yang makan. Saya memang suka durian tapi durian yang sedap-sedap je. Hahahahaa....
Inilah durian Duri Hitam tu. Isi yang tebal, biji yang kisit. Puas makannya...
Lepas makan durian, singgah pulak di KipMart. Ada yang nak mencari speaker. Singgah di kedai menjual peralatan berkaitan komputer. Memang selalu membeli peralatan berkaitan komputer di situ selain daripada kedai komputer di AEON Permas Jaya tu.
Masing-masing memilih speaker. Saya perhatikan aje...
Dah. Jom balik...!
Tak habis lagi aktiviti hari Ahad. Bersambung pulak ke sebelah malam. Kawan-kawan sekolah menengah Ayong datang beraya. MEreka memang selalu datang beraya. Kebetulan setiap dua tahun sekali mereka datang. Orang yang sama juga...
Mereka meniru aksi-aksi mereka pada kunjungan dua dan empat tahun yang lepas...
Ini pula aksi mereka untuk tahun ini. Aksi ini akan ditiru pada kunjungan raya akan datang...
Yang bertopi tu ialah seorang doktor. Yang berkurta oren tu pula, belajar Bahasa Cina di Guangzhoa, China. Balik bercuti. Yang berkemeja biru tu, bekerja di Tanjung Langsat dan yang sorang lagi tu bekerja di Johor Bahru.
Bila sekali-sekala berjumpa, kecohnya macam 100 orang! Dekat jam 12 tengah malam baru mereka beredar.
Lepas mereka balik, barulah Ayong dan AbangNgah bawah hadiah-hadiah ni turun. Surprise untuk abah deme. Masa tu dah masuk hari baru sebab dah selepas tengah malam.
Dan mereka terus wish happy birthday kepada saya. MyKanda pulak kata, chocolate bouquet tu boleh bagi saya sebagai hadihah birthday. Mana aci kan!
No comments:
Post a Comment