Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.
Alhamdulillah...bertemu juga kita lagi di ruangan ini walaupun jarak masa asyik memisahkan kita. Kesibukan melanda saya sejak akhir2 ini. Bermula dari minggu Majlis Menyambut Menantu di rumah mertua hinggalah ke hari Ahad lepas. Mana tidaknya...hari Isnin (semalam) ialah Hari Guru. Jadinya sibuk untuk menyiapkan tempahan2 Hari Guru. Walaupun tempahannya tidaklah banyak mana tapi masa yang menjadi kekangannya.
Hari Ahad lepas ada Seminar Keibubapaan Perkongsian Pintar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih (SMKPP). Majlis tersebut dianjurkan oleh PIBG dengan kerjasama Learning Discoveries. Seawal jam 8:00 pagi saya dah ke sekolah. Sebagai AJK PIBG, saya ditugaskan untuk mendaftarkan kedatangan ibubapa.
Sebaik sahaja sampai di sekolah, telah ada guru2 yang bertugas mendaftarkan kehadiran ibubapa. Jadinya, saya sekadar bertindak sebagai penyambut tetamu bersama guru2 yang lain.Alhamdulillah, walaupun hari Ahad merupakan hari rehat untuk semua, masih ada ibubapa yang sudi menghadirkan diri demi anak2 mereka.
Topik yang dibincangkan ialah rahsia untuk menjadi anak yang genius dan cemerlang...apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa dan juga pelajar itu sendiri. Modul yang dipersembahkan lebih kurang sama macam yang dilakukan di Program IQ Pintar dulu cumanya kali ini tidaklah terperinci sangat.
Penceramah daripada Learning Discoveries, Puan Suria. Untuk berkenalan dengan Puan Suria ni, anda bolehlah ke sini ya... Banyak ilmu yang boleh diperolehi daripada beliau. Cara penyampaiannya memang amat bagus dan bersahaja. Tidak langsung membosankan...
Sentiasa berinteraksi dengan pelajar dan juga ibubapa...
Sama seperti majlis2 yang lain yang pernah dianjurkan oleh piahk sekolah dan PIBG, kehadiran para bapa / ayah adalah sangat kurang. Apa2pun, tahniah kepada bapa2 yang hadi pada majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment