Saturday, May 21, 2011

Ole2 Dari Korea


Alhamdulillah...syukur kepadaNYA kerana hubby telahpun selamat pulang ke Malaysia setelah berada di Korea Selatan dari hari selama lima hari. Walaupun cuma lima hari sahaja, tapi rasanya macam 5lima tahun! Tanpa hubby di sisi, kerinduan melanda diri. Di kepala hanya terbayang2kan keadaan hubby di sana. Jam 3:30 pagi dah masuk waktu Subuh. Jam 5:30 pagi. matahari dah cerah. Waktu Maghribnya lebih kurang sama macam kat Malaysia. Cuaca pulak...alhamdulillah...sepoi2 bahasa katanya. Tak sejuk dan tak panas. Bolehlah dikatakan sesedap rasa....!

Malam semalam, saya pergi menjemput hubby di meeting point dulu pada sekitar jam 12:15 pagi. Alhamdulillah, 12:30 pagi dah selamat sampai ke rumah. Masa tu anak2 semuanya dah tidur. Yalah...dah tengah malam. Mula2 tu memang mereka nak menanti kepulangan abah mereka tapi masing2 dah kepenatan di waktu siangnya, maka mereka terlelap lebih awal daripada biasa. Kesempatan yang datang...anak2 dah tidur, emak dan abah pun melepaskan rindulah...!!!! Haaaiiipppp....jangan otak biru tau! Bukannya buat apa pun...setakat peluk2 jer.....hehehe.

Jom tengok apa yang hubby bawak balik untuk kami sebagai oleh2 dari sana...

Benda alah ni kegunaannya lebih kurang macam rantai kunci juga...cumanya ianya tidak berantai. Kebiasaannya benda ini digantungkan di handset. Ada 2 rekabentuk...dan kedua2nya adalah bentuk gendang Korea...

 Ini ialah fridge magnet (FM)...berbentuk makanan tradisi Korea iaitu kimchi...

 Ini pun FM jugak...berbentuk anak patung pengantin lelaki dan perempuan Korea dalam pakaian tradisional mereka...

 Ini pula ialah pen mata bulat (ball pen) dengan design yang melambangkan keKoreaan...

 Ada juga gula2 ginseng merah, ada candy labu, cokelat buah2an, cokelat stroberi, cokelat dark cocoa dan juga kopi Maxim 3-in-1...

 Domo-kun ini permintaan daripada Ayong. Dia tengah 'gila' dengan Domo. Ada juga set sudu dan garpu sebagai hiasan...

 Dan ini pulak ialah dompet dengan dua saiz yang berbeza...satu kecik sikit dan satu lagi panjang sikit. Kedua2nya saya yang punyaaaa........!!!!

Akhir sekali, t-shirt dengan tulisan2 Korea. Ada berbagai saiz daripada S hinggalah ke XL...dalam dua warna, hitam dan merah....

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak Ita...biasa la klu suami/isteri berpisah walaupn skjp mmg rindu-rinduan..hikhik.Selamat kembali pd HB k.atie...wah!byk ole2 dari korea yer..Alhamdllh

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

oopsst trsilap taip lak!!!sory k.ita..bkn Hb k.atie TP HB k.ita...dah trbalik lak ita jadi ati..Adooiiiii