Tuesday, May 17, 2011

Ahad Yang Sibuk...


Errr...bukan Ahad yang sibuk tapi saya yang tak menang tangan pada hari Ahad lepas. Mana tidaknya...hati nan berdebar2 dah resah mencengkam kalbu bila mengingatkan pada petang Ahad tersebut saya akan ditinggalkan oleh sang suami yang akan berangkat ke negara orang. 
Petang Sabtu tu ada Majlis Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat di rumah Puan Siti di Jalan Sembilang. Kebetulan pulak pada pagi dan petang tu, hujan turun membasahi bumi. Alhamdulillah...tidaklah panas sangat.

Hari Ahad tu, seawal jam 5:00 pagi saya dah bangun. Ada tempahan yang perlu disiapkan pagi tu. Malam tu tidak dapat menyiapkan tempahan sebab kekurangan bahan2...diminum oleh anak2. So, subuh2 tu hubby dah keluar ke kedai mencari bahan2 yang tak ada. Dengan bantuan hubby juga saya menyiapkan tempahan untuk pagi tersebut. Alhamdulillah...thanks to my dearest hubby!

Sarapan pagi tu cuma sandwich telur aje. Itu aje yang sempat saya buat sebelum bergegas bersiap2 untuk ke SMK Pasir Putih pulak. Selepas selasai bertugas dan menghadiri seminar tersebut, saya mengundurkan diri sekitar jam 12:00 tengahari. Masa tu majlis belum lagi berakhir tapi saya tidak dapat menunggu hingga ke akhir majlis sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan pada hari itu. Macam sibuk bebeno bunyinya ya....! Memang sibuk sangat hari Ahad tu....terkejar2 dengan segala projek yang belum siap. 

Pagi Ahad tu Ayong ada Kelas Ibnu Sina sehingga jam 12:30 tengahari. Selepas saya balik dari SMKPP tu, kami pergi menjemput Ayong dan menghantar mereka (Ayong dan 2 orang kawannya) ke stadium pulak. Nak berlatih main drum untuk sambutan Hari Guru pagi Isnin nanti. Ingatkan nak ambil Ayong sorang jer...so kami pergi naik Kancil aje. Kami aje dah 4 orang, mana boleh masuk 3 orang lagi. So, hubby dan anak2 terpaksa turun dulu dan tunggu di perhentian bas di depan sekolah tu. Saya pulak terus hantar Ayong dan kawan2nya ke stadium sebelum berpatah balik untuk mengambil hubby dan anak2. Lawak betul laa.... Lepas tu barulah kami pergi makan di Restoran Sasa di Pusat Bandar.

Balik dari makan, saya pulak meneruskan projek mendeco cuppies untuk Hari Guru. Cuppiesnya saya dah bakar pada sebelah malam sebelumnya. Begitu juga dengan sebiji Chocolate Moist Cake. Chocolate cuppies sebanyak 78pcs diperlukan untuk tempahan yang akan diambil petang Ahad tu.

Sehingga jam 5:00 petang, saya selesai mendeco sebiji CMC dan 48 pcs cuppies...dan siap packing jugak. Cuppies tu saya pack 2pcs per pack, siap cacak bendera mini lagi....! Selepas tu saya berhenti mendeko sebab nak menyiapkan barang2 hubby pulak. Nasib baik hubby dah siapkan apa yang perlu...saya cuma double-check balik apa yang belum dimasukkan ke dalam beg. Sekitar jam 6:00 petang, saya keluar menghantar hubby ke kilang. Mereka berkumpul di sana sebelum bertolak ke Singapura dengan dua buah Starex syarikat. Hubby pergi bersama tujuh kakitangan yang lain. Saya tunggu hingga hubby bertolak barulah saya balik ke rumah. Selamat jalan Sayang...!!!!

Selepas Maghrib, saya menyambung kerja2 mendeko cuppies lagi. Ada lagi 40pcs yang perlu disiapkan untuk pelanggan. Itupun dah bagitau pada pelanggan tu saya hantar lambat sikit. Nasib baik pelanggan tu tinggal di kawasan taman yang sama. Sebaik saja siap mendeko dan packing, saya terus pergi hantar. Masa tu dah 9:30 malam. Pok pek pok pek sekejap...dah 10:00 malam.

Balik ke rumah, buat pulak chocolate untuk anak2. Masing2 dah bertanya nak bawak apa ke sekolah esok untuk diberi kepada guru masing2. Rasanya yang paling senang ialah cokelat. Dalam masa yang sama saya membakar sebiji brownies...permintaan Muhammad Azrai (Abang Yang). Dia ni memang suka sangat berjanji dengan kawan2 dan cikgu kelas dia...dia boleh bawak kek sebiji ataupun apa2 saja untuk kelasnya. Jadinya...dalam keterpaksaan dan keletihan dan kepenatan...saya buatkan juga sebiji brownies untuk dia. Dah siap mendeko brownies dan membungkus cokelat2 tu, barulah saya membersihkan diri sekali lagi. Lepas solat, mengadap komputer dulu. Nak design dan print kad2 kecil molek untuk dilekatkan di atas kotak2 cokelat nanti. Lepas tu barulah saya merebahkan diri dan zzzzzzzzzzzzzzzzz dari jam 3:00 pagi hingga 5:00 pagi.

Chocolate Brownies dengan deko yang ringkas...

Pagi2 Isnin tu terus menampal kad2 tu dulu ke atas kotak2 cokelat...takut tak sempat.

Dengan baki kotak yang ada sebanyak 28 kotak, cokelat ini siap untuk dibawa ke sekolah...


 Selamat Hari Guru... Terima kasih Cikgu...!!!

Bila anak2 dah bersiap semuanya, saya mengambil-alih tugas hubby menghatar mereka ke sekolah. Selepas menghantar 3-Muhammad ke sekolah, saya menghantar Ayong pulak ke stadium bersama 3 orang geng pancaragamnya untuk mengambil peralatan yang akan digunakan nanti.Saya hantar jer...mereka balik ke sekolah bersama dengan guru pengiring yang menanti di stadium.




Ada jemputan ke majlis di atas tapi tidak dapat menghadirinya sebab kepala dah rasa ting-tong...
Apa2pun...SELAMAT HARI GURU kepada semua tenaga pengajar di seluruh Malaysia....!!!

TERIMA KASIH CIKGU....!!!

No comments: