Alhamdulillah....syukur yang tidak terhingga kepadaNYA kerana majlis menyambut menantu pada hari Ahad lepas, 08hb Mei 2011, telah pun selamat dilangsungkan tanpa menghadapi sebarang masalah. Cuaca pun alhamdulillah...panas.
Walaupun majlis dah berlalu pada hujung minggu yang lepas, kepenatannya masih terasa hingga kini. Pada ipar2 yang tinggal di kampung, lagilah tak hilang penatnya sebab nak mengemaskan segala peralatan dan kelengkapan yang telah digunakan hari tu. Kami terpaksa bali juga pada malam Ahad tersebut sebab anak2 ada peperiksaan pada pagi Isnin berikutnya. Kalau tak ada exam, tentu saya sambung sehari lagi di sana.
Jom kita tengok gambar2 di sekitar majlis tersebut...
Singgahsana untuk raja sehari bertemakan hijau alam...
Rombongan pengantin sampai dalam sekitar jam 2:30 petang. Masa tu memang tengah panas terik (lebih baik daripada hujan...kan!). Nasib baiklah pengantin menggunakan busana berwarna hijau alam...tak ler berpinar mata melihatnya.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah, pengantih disandingkan sekejap (memang stail orang Johor cam gini...) sambil dipersembahkan dengan pertunjukan silat oleh Abang Ngah. Yang kelakarnya, Abang Ngah meng"acah2" Pak Su nya masa nak bersalam. Abang Ngah hulurkan tangan nak bersalam tapi bila Pak Su nak sambut, Abang Ngah tarik tangannya dan buat aksi2 spontan. Dua tiga kali Pak Su terkena. Padahal sebelum majlis tu lagi Pak Su dah 'warning'... Bila lagi nak pekenakan Pak Su...kan???
Dah bersanding sekejap kat bawah, pasangan pengantin dibawa naik untuk disandingkan di atas pelamin.
Diantara menu yang kami hidangkan di meja santapan pengantin...
Puding Pelangi, Butter Prawn, Sotong Lemak Pekat, Ikan Senangin Masam Manis, Kek Alunan Kasih, Talam Sagu Sarawak, Kek Buah Kukus, Triffles dan Lychee Panna Cotta...
Pasangan mempelai di meja santapan...
Upacara memotong kek dan suap-menyuap...
Emak dan abah disandingkan di atas pelamin oleh cameraman yang bertugas...
Hehehe...kami pun kena buli jugak dek cameraman tu...!
Cik Teja Khadijah, Mazalia Mansor dan Shidah Rahman adalah diantara kenalan dan kawan saya yang hadir bersama keluarga masing2. Terima kasih untuk anda semua!!!!
Inilah hasil kerastangan saya untuk tetamu dan kanak2...
Kek pengantin yang saya tempah daripada sifu Harlina Mahdar (Nina) yang saya bawa dari Pasir Gudang. Hubby terpaksa memperlahankan kelajuan pemanduan sebab takut kek ni rosak...
Oleh2 yang saya bawa balik dari Pasir Gudang...
1 comment:
amboi meriahnye...best masa majlis kenduri tp penatnya xterkata..he3
Post a Comment