Friday, May 27, 2011

Cokelat Hari Guru



Cokelat lagi??? Sambutan Hari Guru lagi??? Hari tu kan ke dah menyambut Hari Guru, kenapa ada sambutan lagi ni??? Haaaa.....kalau korang nak tahu, sambutan Hari Guru hari ini adalah dibuat di sekolah agama pulak. Hari tu sambutah Hari Guru di sekolah kebangsaan... (baca ceritanya di SINI ya...). Kebetulan pulak saya memang ada buat cokelat tempahan pada hari Khamis tu, jadinya sekali harunglah untuk Hari Guru ini. Senang kerja....kan?


Cokelat warna hijau tu saya tak buat banyak. Itu sebab dalam satu kotak tu cuma ada sebiji aje yang berwarna hijau...yang tiga lagi berwarna merah jambu. Pagi ini Adik pergi awal ke sekolah agama sebab sambutannya bermula jam 7:15 pagi dan akan berakhir pada sekitar jam 10:30 pagi. 

Kepada SEMUA GURU dan TENAGA PENGAJAR (formal ataupun tidak formal), sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU...!


No comments: