Monday, May 30, 2011

Tetamu Dari Seremban


Assalamualaikum semua. Dah beberapa hari saya tidak mengemaskini. Sibuk sikit...! 

Semalam (Ahad, 29hb Mei, 2011), kami menerima tetamu yang datangnya daripada Seremban, Negeri Sembilan. Beliau yang saya maksudkan ialah Mazmir Mahazir. Dia sama2 dengan saya dalam kumpulan yang sama masa ke Korea dulu. Bezanya, dia adalah lepasan SPM dan saya pulak lepasan diploma. Saya dah belajar Bahasa Korea di Malaysia, sebelum berangkat ke sana. Dia pulak, dah sampai di sana, barulah belajar bahasa, buat sijil, diploma dan degree.

Masa kami di sana dulu, kami sama2 menjadi junior kepada hubby saya. Hahaha...tak sangka ya, boleh tersangkut dengan senior!


 Yang berbaju kuning itulah Mazmir...yang sebelahnya tu adik dia...tinggal di Tampoi Indah (kalau tak silap sayalah...)

 Ini pulak adalah anak bongsu Mazmir. Cute sangat2!!! Matanya bulat...rambutnya curly2 gitu. Suka sangat kalau diagah2. Mazmir ada 4 kids...2 boys and 2 girls. 

 This is Mazmir's soulmate...in pink blouse. The other is his in-law...

 Yang ini anak sulung Mazmir. Masuk2 kereta jer dah tidur. Sepanjang perjalan dari JB ke rumah kami...dia tidur aje. Sampai di rumah kami pun dia sambung tidur lagi. Orang bising2 pun dah tak kisah dah. Mesti dia tengah mimpi yang indah2 tu... Hingga ke waktu nak balik pun, dia tidur jugak! Masuk kereta...terus zzzzzzzzz lagi...!!! 

Antara menu yang sempat saya sediakan untuk mereka. Itupun terpaksa memasak macam lipas kudung sebab kesuntukan masa. Awal2 pagi kami dah ke Hospital Penawar...menghantar keperluan adik ipar yang kena admit pada malam sebelumnya. Then terus pulak ke City Plaza...nak jumpa dengan Cik  CTBeng... On the way balik, singgah jap di Chamek Sri Alam...mengisi perut. Sampai rumah barulah memulakan operasi memasak. By 3:30pm semuanya dah ready...Alhamdulillah.


Friday, May 27, 2011

Cokelat Kaktus



Ini pokok kaktus??? Bukanlahhhhhh......!!! Memang bukan pokok kaktus. Budak belum tumbuh gigi pun tau ini bukan pokok kaktus. Tapi ini pokok apa ya? Saya pun tak pasti apa nama pokok ni. Cuma yang pasti ialah...pokok ini ada banyak kat rumah saya. Yang dalam gambar tu adalah yang paling besarrr sekali...! Apa kaitan pulak cokelat kaktus dengan pokok tu? Sebenarnya tak ada kaitan langsungggg.......!!!

 Inilah cokelat kaktus tu. Pernah rasa tak cokelat ni? Saya belum pernah rasa lagi. Masa hubby pergi Korea ari tu dia ada bawak balik cokelat ini. Tapi anak2 dah serbu dulu. Cuma saya sempat 'selamat'kan sekeping setiap satu. Semuanya ada empat perisa. Tapi belum dapat tayangkan bagaimana rupa cokelat ini sebab saya belum bukak lagi....hehehe. Tunggulah di entri akan datang ya...


 Ini ialah penanda buku. Orang Jowo kata bookmark... Bookmark ini nipis sangat2. Dan seninya sangat halus.

Bunganya diukir dengan sungguh teliti dan halus. Kerawang2 kat keliling tu pun halus sangat. Cantikkk...! Tapi ini bukannya osalah satu daripada ole2 yang hubby bawak balik...sebaliknya saya dapat dah lama bookmark ini...

Cokelat Hari Guru



Cokelat lagi??? Sambutan Hari Guru lagi??? Hari tu kan ke dah menyambut Hari Guru, kenapa ada sambutan lagi ni??? Haaaa.....kalau korang nak tahu, sambutan Hari Guru hari ini adalah dibuat di sekolah agama pulak. Hari tu sambutah Hari Guru di sekolah kebangsaan... (baca ceritanya di SINI ya...). Kebetulan pulak saya memang ada buat cokelat tempahan pada hari Khamis tu, jadinya sekali harunglah untuk Hari Guru ini. Senang kerja....kan?


Cokelat warna hijau tu saya tak buat banyak. Itu sebab dalam satu kotak tu cuma ada sebiji aje yang berwarna hijau...yang tiga lagi berwarna merah jambu. Pagi ini Adik pergi awal ke sekolah agama sebab sambutannya bermula jam 7:15 pagi dan akan berakhir pada sekitar jam 10:30 pagi. 

Kepada SEMUA GURU dan TENAGA PENGAJAR (formal ataupun tidak formal), sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU...!


Ketam Masak Sambal Telur



Korang nampak tak sepit ketam tu tengah ternganga luas?? Agak2nya...sama tak dengan ngangaan si Domo-kun tu...?? Mana yang menganga lebih luas...Domo-kun ataupun sepit ketam ni????


Masa makan di Senibong hari Sabtu lepas, Adik tak dapat nak menikmati keenakan ketam yang terhidang sebab rasanya yang agak pedas. So semalam saya masakkan ketam ni dengan menu Ketam Masak Sambal Telur yang tidak pedas. Mula2 bercadang nak masak Sotong Oriental. Tak jadi masak sotong...masak ketam pulak.


Untuk dapatkan resepinya, silalah ke SINI ya...

Thursday, May 26, 2011

Jagung Dan Sekoteng



 Ini untuk tayangan perdana sahaja tau! Kalau nak mintak sesudu ke...secawan ke...semangkuk ke... even secubit pun, mintak maaf banyak2 ler ye. Dah tak ada dah. Dah abis. Lagipun ini bukannya saya buat hari ini tetapi hari Selasa lepas. Kiranya siaran tertundalah ni...



Hari Selasa lepas, mood memasak memang memuncak. Terlebih Vitamin R... Pagi buat Pankek Jagung, tengahari pulak dengan Sirap Laici dan Ayam Masak Rempah Kari (tengok kat SINI..) dan sebelah petangnya pulak, saya masak Bubur Jagung Sekoteng ni.Stok sekoteng ni dapat daripada Cik Mazalia Mansor hari tu dah. Nak kata dah lama, tak le lama sangat...tapi lama jugaklah! Sekoteng tu saya gunakan separuh uncang je. Sekadar nak mencuba je dulu. Sekoteng tu saya rebus dulu dan buangkan kanjinya. Alhamdulillah...sekejap jer habis buburnya.

Untuk dapatkan resepinya, silalah ke SINI ya...

Wednesday, May 25, 2011

Tragedi Petang Isnin...


Bukan Tragedi Oktober...tapi tragedi Mei, Isnin, 23hb...

Nak kata dia tak pandai...memang pandai!
Nak kata tak biasa...dah boleh dikatakan biasa jugaklah!
Nak dikatakan baru belajar...lama dah belajarnya!
Nak dikatakan tak nampak...objek tu besar gedabak!
Jadi...di manakah silapnya???
Errr....siapa yang silap ni? Kat mana silapnya ni?? Korang tak tau ker siapa yang silap???
Sebelum ni, Kancil aku tu elok2 jer pakai SKIRT. Entah di mana silapnya, SKIRTnya tersangkut pulak kat onak berduri....habis terkoyak!!! Yang lebih parahnya sebab ianya dah TERKOPAK....!!!



Hehehe...entah di mana silapnya...
Semasa nak mengeluarkan kereta dari kawasan pagar rumah...mula2 tu elok jer dia masuk gear R (reverse). Dengan hati2nya dia mengundur. Dah sampai di tengah jalan dan membelok sedikit, dia tukar ke gear D (drive). Kereta auto ni.....! Masa tu aku baru nak mengunci pintu dan geriji. Tiba2 terdengar bunyi sesuatu yang menggerunkan...lebih kurang macam bunyi sesuatu terlanggarkan sesuatu yang keras. Bila aku toleh ke belakang...aku nampak si Kancil aku dah tersondol binaan batu kat tepi jalan depan rumah tu. Lepas tu dia turun kereta sambil menjerit...MUMMY!!!!

Itulah dia...tanpa P...tanpa L...! Tapi selalunya orang dah ada lesen penuh pun, banyak kes kemalangan jugak (ayat nak sedapkan hati ni...). Tak habis2 bertanya :
Mak marah ke...? (dengan intonasi yang mendayu...)
Nanti abah marah ke....? (juga masih mendayu...)

Dah nak jadi...nak buat macam mana...kan? Lagipun adalah peluang untuk Kancilku ini bertukar skirt baru...hehehe!!!

Tuesday, May 24, 2011

Penkek Jagung, Sirap Laici Dan Ayam Goreng Rempah Kari



Pagi tadi sarapan dengan Pankek Jagung ni... Dengan adunan yang sama, saya juga telah menjemput2kannya...so jadilah Jemput2 Jagung. Senang, kan...? Adunan yang sama boleh dapat dua jenis menu yang berbeza. Nak kan ianya lebih berbeza lagi, dalam Jemput2 Jagung tu. letaklah bawang besar cincang dan juga hirisan daun sup & daun bawang. Hmmm...yummy! Cicah pulak dengan cili sos....tak boleh nak kata apalah...! Mertua lalu kat belakang pun dah tak nampak dah....



Ini pula ialah Siap Laici. Minuman untuk tengahari tadi. Senang jer nak membuatnya. Anaka2 saya pun dah boleh buat sendiri. Mereka pun dah pandai mereka-cipta resepi sendiri. Tambah2 lagi si Abang Yang (yang Darjah 6) tu... Tapi Sirap Laici ni Adik pun pandai buat...!!!


Ini apa pulak ni???? Haaa...inilah Ayam Goreng Rempah Kari Bersayur...!!! Asalnya nak buat Ayam Goreng Kunyit tapi bila godek2 kabinet kat dapur tadi, kehabisan stok serbuk kunyitlah pulak. Itu yang tukar serbuk kunyit dengan serbuk kari tu. Alah...kita yang masak dia...macam2 cara kita boleh buat...! Tak perlu resepi yang betul2...main campak2 saja pun dah jadi...


Makan-Makan Di Senibong


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ni nak cerita pasal jalan-jalan cari makan di Senibong pada hari Sabtu lepas. Selepas hubby balik dari Korea awal dinihari Sabtu tu, anak2 teruja melihat gambar2 makanan yang sempat hubby snap semasa di sana. Kebanyakannya ialah makanan laut. Nak makan jenis daging2 tu...tak berapa nak yakin. Baik ayam ke...mahupun daging2 yang lain. Memang hubby tak makan langsung... So, makan seafood dan sayur2an sahaja...
Jadinya, selepas balik dari kerja hari Sabtu tu, hubby cadangkan kami pergi makan makanan laut di Senibong. Di sana macam2 pilihan makanan dan restoran ada. Pilih jer nak makan di restoran yang mana satu. Tapi ada juga sesetengah pengusaha tu yang mempunyai lebih daripada satu restoran. Kita ingatkan kita masuk ke restoran yang lain, rupa2nya tuan punya restoran yang sama juga.

Triple S...SSS...Selera Senibong Seafood...!


Sampai je di Senibong, pertama sekali kena cari parking lot. Memang agak susah nak dapat parking kat sini sebab asyik penuh jer. Ramai sangat yang datang ke sini untuk makan2. Nak masuk ke kawasan ni pun kena bayar RM2. Alhamdulillah...sampai je di situ, ada kereta yang nak keluar. So...kami terus dapat parking walaupun kena berjalan jauh sikit.

Restoran mana nak masuk ni? Akhirnya masuk jer kat restoran yang macam ramai jer pelanngannya. kata orang...tempat makan yang ramai pelanggan tu, mesti sedap masakannya. Ye ke???


Sementara menanti pesanan makanan kami, datanglah side-dishes ni...otak2, kacang rebus dan juga coconut jelly....

Sedang menanti seafoods....

Inilah yang kami makan malam tu...
Sotong goreng tepung, udang butter, ketam sambal telur, ikan merah masam manis, kailan goreng ikan masin dan tomyam campur....of course ada nasi putih...hehehe

Sedang menikmati hidangan...


Mula2 order satu jug fresh oren...habis sebelum sempat hidangan sampai. Order satu jug lagi jus tembikai...!

Sisa2...baki2...tulang2...cengkerang2...

Inilah hasil laut yang terdapat di sekitar restoran2 di sana...segar2 belaka. Ada berbagai jenis makanan laut...

Di tepi2 parking lot pulak, terdapat gerai2 yang menjual berbagai2 jenis mainan, jam, beg tangan dan juga perhiasan. Budak2 memang ler suka...lebij2 lagi bila nampak barang2 mainan...


Ini pulak ialah Warong Siput Sedut...tapi kita tak bolah makan siput sedut kat sini sebab tak ada warung pun kat situ. Tu ialah sticker yang tertampal di cermin hadapan pada salah sebuah kereta yang dipakirkan di situ...

Sunday, May 22, 2011

Nak Tayang Ole2....!


Ole2 yang hubby bawak balik dari Korea ari tu, dah pun kami selongkar semuanya. Masing2 mengambil 'hak' masing2. Adik dah pun mencuba baju-Tnya yang ada alpabet Korea tu. Ayong pun dah pakai baju-T warna merah. Abang Ngah dan Abang Yang ambil baju berwarna hitam.

Ni cokelat White Chocoberry...

 Inilah rupa cokelat di dalam kotak tersebut...bulat2 berwarna putih...

 Bila digigit, ada sebiji stroberi di tengah2nya...kononnyalah...! Sebenarnya yang di tengah2 cokelat itu ialah sejenis cokelat juga yang dibuat bentuk, rupa dan rasa sama macam sebiji stroberi betul2...


Ini benda yang boleh digantung pada handset semalam...

 Saya memilih gendang ni untuk digantungkan pada handset saya. Sebab ada banyak pilihan...dah boring dengan yang ini nanti, boleh tukar dengan design yang lain pulak....


Ini FM yang terlekat di pintu petiais...

FM yang hubby bawak balik ari tu...5 pasang pengantin dan 3 jenis makanan Korea...

Saturday, May 21, 2011

Ole2 Dari Korea


Alhamdulillah...syukur kepadaNYA kerana hubby telahpun selamat pulang ke Malaysia setelah berada di Korea Selatan dari hari selama lima hari. Walaupun cuma lima hari sahaja, tapi rasanya macam 5lima tahun! Tanpa hubby di sisi, kerinduan melanda diri. Di kepala hanya terbayang2kan keadaan hubby di sana. Jam 3:30 pagi dah masuk waktu Subuh. Jam 5:30 pagi. matahari dah cerah. Waktu Maghribnya lebih kurang sama macam kat Malaysia. Cuaca pulak...alhamdulillah...sepoi2 bahasa katanya. Tak sejuk dan tak panas. Bolehlah dikatakan sesedap rasa....!

Malam semalam, saya pergi menjemput hubby di meeting point dulu pada sekitar jam 12:15 pagi. Alhamdulillah, 12:30 pagi dah selamat sampai ke rumah. Masa tu anak2 semuanya dah tidur. Yalah...dah tengah malam. Mula2 tu memang mereka nak menanti kepulangan abah mereka tapi masing2 dah kepenatan di waktu siangnya, maka mereka terlelap lebih awal daripada biasa. Kesempatan yang datang...anak2 dah tidur, emak dan abah pun melepaskan rindulah...!!!! Haaaiiipppp....jangan otak biru tau! Bukannya buat apa pun...setakat peluk2 jer.....hehehe.

Jom tengok apa yang hubby bawak balik untuk kami sebagai oleh2 dari sana...

Benda alah ni kegunaannya lebih kurang macam rantai kunci juga...cumanya ianya tidak berantai. Kebiasaannya benda ini digantungkan di handset. Ada 2 rekabentuk...dan kedua2nya adalah bentuk gendang Korea...

 Ini ialah fridge magnet (FM)...berbentuk makanan tradisi Korea iaitu kimchi...

 Ini pun FM jugak...berbentuk anak patung pengantin lelaki dan perempuan Korea dalam pakaian tradisional mereka...

 Ini pula ialah pen mata bulat (ball pen) dengan design yang melambangkan keKoreaan...

 Ada juga gula2 ginseng merah, ada candy labu, cokelat buah2an, cokelat stroberi, cokelat dark cocoa dan juga kopi Maxim 3-in-1...

 Domo-kun ini permintaan daripada Ayong. Dia tengah 'gila' dengan Domo. Ada juga set sudu dan garpu sebagai hiasan...

 Dan ini pulak ialah dompet dengan dua saiz yang berbeza...satu kecik sikit dan satu lagi panjang sikit. Kedua2nya saya yang punyaaaa........!!!!

Akhir sekali, t-shirt dengan tulisan2 Korea. Ada berbagai saiz daripada S hinggalah ke XL...dalam dua warna, hitam dan merah....

Thursday, May 19, 2011

Kek Lapis Masam Manis Ole2 Dari Ipoh


Jom nak tunjuk Kek Lapis Masam Manis ni pulak. Ini bukan hasil kerja tangan saya. Saya dapat kek ini daripada seorang teman maya yang datang ke Pasir Gudang hujung bulan lepas. Dia bawakan saya sebiji kek lapis masam manis sebagai ole2 dari Ipoh. Jauh tau datangnya kek lapis ni....!!!



Sebenarnya, teman saya ni, Sue (DSueHouse), datang ke Pasir Gudang dah dua kali. Kali pertama dulu semasa menghantar anak perempuannya mendaftar di Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang ni. Masa itulah kami berjumpa untuk pertama kalinya. Sebelum tu selalu jugak kami berhubung melalui SMS, telefon, dan FB. Teman alam mayalah katakannnn.............!



Kali kedua kami berjumpa pada hujung bulan lepas. Sue datang untuk menjemput anaknya balik bercuti panjang. Dah tu anaknya pulak kena berpindah dari asrama ke rumah sewa. Jadinya, Sue datang tu nak tengok rumah sewa anaknya disamping menolong anak2nya dan kawan2nya berpindah. Kiranya 3-in-1 lah ni....tengok rumah sewa, tolong anak pindah dan bawak anak balik kampung. Hehehe...! Kek lapis ni memang terserlah kesedapannya. Kepada sesiapa yang ingin menempah kek lapis dan lain2 produk, lawatilah blog Sue di sini...(promosi ni....).

Wednesday, May 18, 2011

Penantian Satu Penyiksaan


Macam menanti buah yang gerenti tak akan gugur sebab tangkainya dah kena ikat kat dahannya. Macam mana buah tu nak gugur...kan? Samalah kes penantian saya ni. Katanya nak datang petang semalam. Tunggu punya tunggu tidak juga muncul2. Telefon pun tidak. SMS yang dihantar pun tidak berbalas. Ke manalah dia pergi agaknya. Tak apalah...ada halangan yang mendatang agaknya. Saya maafkan dia kerana membuatkan saya ternanti2...


 Kek Karamel Alunan Kasih ini sempat saya siapkan sebelum petang menjelang...

 Sepotong kek untuk dijamah...memang sedap! Lembab2...gebu2 gitu...tapi kena kurangkan kuantiti gula sikit sebab pada saya ianya agak manis.

Baru hilang 2 potong jer...

Juga ada muffin bluberi...siap melimpah-ruah filliingnya....