Tuesday, July 6, 2010

Tempahan Minggu Lepas


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Saja nak kemaskini tentang tempahan2 yang diterima yang belum dikemaskinikan. Semua tempahan ni diterima sepanjang minggu lepas. Layan aje la gambar2 di bawah ni....


 
50pcs blueberry cistat dan 50pcs choc cistat ditempah oleh Dila. Kali ini Dila bawak balik ke Sintok, Kedah. Minggu sebelum tu Dila bawak balik ke Melaka. Kali ini cistat ni terbang ke utara dengan AirAsia pulak. Glamor you....!
(28/06/2010 - Isnin)

60pcs blueberry cistat ditempah oleh Aina.
(28/06/2010 - Isnin)

30pcs blueberry cistat ditempah oleh Siti Suhaila (biras saya ni....)
(30/06/2010 - Rabu)

100pcs Apam Comel dan 50pcs kulit tat tempahan dari Ana (Kota Masai).
Dulu Ana dah pernah tempah cistat (blueberry, cokelat & oren).
(01/07/2010 - Khamis)

150pcs blueberry cistat tempahan dari kawan2 Ana. Terima kasih Ana kerana tolong promosi kepada kawan2. Dipacking secara berasingan, 30pcs setiap kotak untuk 5 orang yang berlainan.
(01/07/2010 - Khamis)

50pcs cistat (25pcs blueberry, 25pcs cokelat) tempahan dari Liana Mama Daniel.
Saya pergi hantar ke rumah Liana di Nusa Damai.
(01/07/2010 - Khamis)

50pcs blueberry cistat tempahan dari Siti Suhaila. Kali ini tempahan ini adalah untuk adik Siti.
(02/07/2010 - Jumaat)

Ini pulak ialah brownies. Hehehe...yang ini untuk makan sendiri....!

200pcs blueberry cistat tempahan ulangan daripada Tini. Thanks Tini sebab dah banyak kali mengulang tempahan.
(03/07/2010 - Sabtu)


Almond chocolate brwnies full tray tempahan daripada Mahani.
(03/07/2010 - Sabtu)


2 comments:

Unknown said...

wahh.. byknyer tempahan.. murah rezeki..

Azita Zain said...

kakyong :
alhamdulillah...moga dilimpahkan rezeki olehNya...