Friday, July 9, 2010

Puding Roti Karamel


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Alangkah nyamannya tekak apabila menelan puding yang sejukkkkk ni. Ada pulak buah peach tu....menambahkan kesedapan kepada Puding Roti Karamel ni.


Kena pulak cuaca yang agak panas. Memang kenalah sangat denga benda2 sejuk cam gini...

Lepas siap kukus, saya susun buah2 peach tu kat atas dan bahagian tepinya. Lepas Adik balik dari mengaji, macam biasalah, dia suka mencari sesuatu di dalam petiais dan ternampaklah benda alah ni. Masa tu saya tengah masak Apam Comel.

Mak, kek siapa ni?
Mana?
Tuuuu...yang dalam petiais tu. Yang ada buah tu...
Oooo..itu kek Ayong.

Lepas tu laju aje berlari keluar dari dapur menuju ke kalendar yang tergantung berhampiran pintu utama.

Tak ada pun...!
Apanya yang tak ada Dik?
Tak ada kat kalendar pun hepi birthday Ayong!

Dia pergi check apa yang tertulis di kalendar tu. Di kalendar tu, saya conteng dan tuliskan segala aktiviti dan temujanji termasuklah birthday anak2 dan hubby. Nak tau apa2 aktiviti senang sikit.

Oooo...ye ke? (pura2 pergi check kalendar)
Mak lupa kot.....!

Pada halnya, puding tu saya buat sebab hari tu Ayong berpuasa. Saja jer buatkan pencuci mulut. Saya gunakan resepi Chef Hanieliza.


Ada versi yang belum dipotong jer. Versi yang dah dipotong tak ada...lupa.

No comments: