Tuesday, July 6, 2010

Jalan-Jalan Di Bukit Layang-Layang


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Kali ini kisah Ahad lepas. Kami pergi jalan2 ke Bukit Layang2. Orang2 Johor mungkin dah tahu pasal karnival yang berlangsung selama hampir 2 minggu di sekitar Pasir Gudang sempena Semarak Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Antaranya ialah Hari Landskap Negeri Johor.

Saya sekeluarga hanya sempat ke sana pada hari Ahad lepas. Kami pergi pun selepas Asar. Banyak gerai yang dah tutup dan dah bersiap2 untuk balik. Jadinya tak dapatlah tengok segala lanskap yang dipamerkan sebelum ini.

Pentas utama Hari Landskap Negeri Johor...

 
Mercu tanda Bukit Layang-Layang...

Jom kita layan jer gambar2 yang ada...

Antara gerai2 yang masih beroperasi.. 

 
Jambangan bunya yang dah agak layu di depan pentas utama...

Landskap oleh MPPG dan Jabatan Landskap Negeri Johor...

 


 
Anak2 dan hubby dengan aksi tersendiri...

Untuk peminat dan penggila orkid, kita layan gambar2 orkid ini :



Rugi tak pergi awal sebab kalau pergi awal2, bunga2 masih lagi segar, gerai2 pameran masih banyak. Paling kurang pun, dapat ler snap gambar2 landskap yang cantik2...
Sempat juga singgah di gerai menjual telekung dan brooch. Sambar telekun 2 pasang dan brooch sepasang...


2 comments:

Anonymous said...

salam kak ita...disebabkan balik kg tak sempatlah pergi tengok hari perasmian tu...nasib baik dah pergi sebelum tu...tapi bunga2 orkid tu belum ada rasanya...cantik sungguh orkid2 tu...

Azita Zain said...

ima :
k.ita pun tak pergi masa perasmian tu.
masa ima pergi ari tu, landskap tu masih cantik2 dan gerai2 masih banyak lagi. masa k.ita pergi petang ahad lepas, byk yg dah bungkus...