Monday, July 12, 2010

Apam Comel

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allahhuakbar...Hubby yang salah baca rupa2nya! Baca apa? Baca notis gangguan bekalan elektrik... Ari tu dapat notis daripada TNB. Notis tu kata kawasan sekitar Taman Pasir Putih akan mengalami gangguan bekalan elektrik pada 12-07-2010 bermula dari jam 10:00 pagi hingga jam 6:00 petang. Tapi masa hubby bacakan notis tu, hubby kata ganggugan tu pada hari AHAD. Ruapa2nya tersilap hari bulan. Patut le sepanjang hari tadi berjaga2 untuk menghadapi gangguan bekalan tapi tak pulak terganggu2! Maknanya esok (pagi ini...) terpaksa menghadapi gangguan tersebut. Malam ni kenalah buat kerja rumah in-advanced!

Tajuk entri Apam Comel tapi cerita pasal gangguan bekalan elektrik pulak. Ni ha...apam comel ni ditempah oleh Fiza (Ramli) untuk dibawa balik ke kampung mertuanya, ada majlis Yassin dan doa selamat. Dia memandu sendiri bersama anak2nya saja sebab hubbynya sekarang berada di Bangalore. Bulan Ogos nanti baru balik.


No comments: