Salam sejahtera untuk semua. Ini cerita hari Sabtu lepas. Ya Allah...tak menang tangan nak handle semua benda!
Tempahan cokelat ini saya terima di saat2 akhir. Sudahlah tak berapa terror lagi nak buat cokelat, sekali dapat order nak 60 packs, 2pcs per pack. Sebenarnya order ini transfer dari Sifu Nina tu. Order ini untuk Leeyana (Nusa Damai). Nina dah tak cukup kaki dan tangan nak buat, itu yang dia suruh saya yang buat. Leeyana nak cokelat tu tengahari Sabtu sebab Leeyana ada buat kenduri cukur jambul anaknya pada sebelah malam.
Hari Jumaat malam Sabtu tu, saya mulakan projek cokelat ni dengan hubby dan Ayong. Dalam masa yang sama, saya calling2 jugak Nina...minta bantuan! Alhamdulillah...siap jugak cokelat tu. Kena pulak acuannya setiap bentuk cuma ada 1 papan, terpaksalah tunggu keras, kelarkan dan baru tempa cokelat lagi.
Saya campurkan dengan peanut butter...sedap jer aromanya!
Nak dijadikan cerita...pagi Sabtu tu sepatutnya turn hubby tak bekerja tapi disebabkan ada major project di kilang, hubby kena attend jugak. Dan pagi Sabtu tu jugak ada Hari Bertemu Pelanggan di SMKPP dan SKTPP. Mula2 saya ke SKTPP untuk mengambil kad kemajuan Abang Yang. Selesai di SKTPP, saya ke sekolah sebelah pulak...SMKPP untuk mengambil laporan kemajuan Abang Ngah.
Balik dari sekolah, barulah saya ke kedai mencari packing untuk cokelat tu. Balik terus je packing cokelat pulak. Dalam masa yang sama, suruh Adik bersiap2 sebab jam 2:30 petang ada raptai Pertandingan Uji Minda di Balai Raya Masai. Masa tu memang kelam-kabut sebab banyak tugas nak diselesaikan. Nak hantar cokelat, nak hantar Ayong ke stadium, nak ke Balai Raya Masai... Akhirnya minta bantuan hubby untuk hantar Ayong.
Selepas Zohor saya terus hantar cokelat ke rumah Leeyana. Lepas tu terus ke Balai Raya Masai untuk raptai Adik pulak.
Cokelat dah siap packing dua biji setiap pek...
Selepas siap buat cokelat malam tu, saya teruskan pulak dengan Apam Comel. Tempahan daripada Aina sebanayk 150biji. Nak 2 filling - blueberry dan cokelat.
No comments:
Post a Comment