Tuesday, July 27, 2010

Pertandingan Uji Minda Dan Bercerita


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun pertandingan sudah lebih seminggu berlalu, saya nak jugak cerita kat sini. Jangan boring ya...!

 

Tadika Pintar Bistari telah mengadakan Pertandingan Uji Minda & Bercerita 2010 pada 18hb Julai yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Dewanraya Masai bermula jam 8:30 pagi hingga jam 12:00 tenghahari.

Raptai penuh pula telah diadakan pada hari Sabtu, 17hb Julai bermula jam 2:30 petang dan telah berakhir pada jam 5:00 petang.

Pertandingan Uji Minda telah dibahagikan kepada 4 kategori - Bahasa Malaysia, Jawi & Ibadah, Matematik dan juga Sains & English. Adik telah terpilih untuk kategori Jawi & Ibadah.

Sampai je pagi tu, cikgu bagi satu bungkaus makanan setiap murid. Adik sedang makan roti yang diberi...

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi TPB, En. Ahamed Tamizi Osman...

Hadiah2 yang disediakan untuk pemenang2 dan peserta2...

Diantara guru2 pembaca soalan...


Kumpulan2 untuk Kategori Jawi & Ibadah...


Guru2 pencatat markah...

Adik sedang menjawab soalan yang diajukan...


Kumpulan2 untuk kategori Matematik...

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi TPB. Adik sedang menerima tropinya...

Adik dan kumpulannya mendapat tempat ke-2...


Adik posing dengan tropi kemenangan...


Friday, July 23, 2010

Cistat Lagi


Tempahan daripada Kak Izan.

Tempahan daripada Ezu untuk adiknya.

Cerita lanjut di Fresh From Azita Oven...

Udang Black Pepper


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Makan...makan...makan! Anak2 saya memang suka makan terutama Abang Yang. Antara 4 beradik tu, dialah yang paling kuat makan. Kuat makan ke...? Eh...bukan kuat makan tapi asyik2 nak makan je. Makannya bukannya banyak mana pun tapi suka makan banyak2 kali. Lepas tu, dialah yang paling lambat habis makan. Kalau makan kat luar, orang lain dah basuh tangan, dah habis minuman tapi dia masih terkial2 lagi. Lagi satu...bila tanya nak makan apa, dia susah sangat nak buat keputusan.


Kat rumah pun sama juga. Kadang2 benda yang kita tak masak itulah yang dia nak. Anak2 yang lain, sebelah malam jarang dah nak makan. Tapi tidak untuk Abang Yang! Dia mesti nak makan jugak. Kadang2 cukup sekadar nasi + kicap + telur dadar. Telur tu dia goreng sendirik. Issshhh...macam2 pe'el anak2 ni. Nasib baiklah anak cuma 4 orang....


Udang memang kegemaran Ayong, Abang Yang dan Adik. Udang Black Pepper ni saya masak untuk makan tengahari tadi. Abang Ngah dan hubby tak makan udang. Tapi...tadi Abang Yang tak makan nasi pulak! Udang ni pun dia belum makan. Ayong aje yang banyak makan udang ni tadi. Adik belum lagi sebab belum balik dari sekolah. Kalau Adik makan udang ni, mesti ada orang kena tolong kopekkan kulitnya. Tunggulah dia balik nanti. Siapa yang akan jadi mangsa Adik kali ini.....

Ikan Bawal 3 Rasa


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masa pergi ke pasar pagi Rabu ari tu, saya beli 5 ekor ikan cencaru, 3 ekor ikan bawal yang sedang2 dan juga udang sekilo. Ikan cencaru dah dibakar pada tengahari Rabu tu tapi tak sempat nak berposing ikan2 tu. Tinggal tulang dan jaketnya aje...

Tengahari semalam saya masak Ikan Bawal 3 Rasa ni pulak. Disebabkan saiznya yang sedang2 gitu, anak2 pakat makan seekor sorang. Yang menaikkan selera mereka ialah kuahnya yang 3 rasa tu. Memang masak lebih kuahnya tapi tak cukuplah pulak... Masa hubby makan, dapat makan ikan sahaja tanpa kuah.


Thursday, July 22, 2010

Nasi Goreng Silom

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Subuh tadi hujan lebat sangattttt...! Alhamdulillah...rahmat dari Allah! Saya merebahkan diri untuk tidur bila jarum jam menunjukkan hampir 4:30 pagi. Tak tau jam berapa baru lelap. Tidur lewat macam mana pun, paling lewat jam 6:00 pagi mesti dah bangun. Tunaikan kewajipan disamping melayan kerenah anak2 yang nak ke sekolah.



Nasi Goreng Silom. Juadah sarapan saya bersama hubby pagi tadi. Khas untuk kami berdua. Anak2 makan yang tak bercampur dengan ulam silom ni.


Nasi goreng ikan bilis digaul bersama hirisan daun silom. Memang amat menyelerakan. Kena pulak hujan lebat, makan dengan kopi-o panas. Perghhh.....

Abok-Abok Mini

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

Awal2 pagi semalam, tekak ni macam teringin sangat nak makan sesuatu yang diperbuat daripada sagu. Stock sagu memang ada, kelapa hubby dah belikan pada malam sebelumnya. Alamak...gula merah pulak tak ada! Hajat dihati nak masak Abok-Abok untuk sarapan. Tak kesampaian la pulak.... Akhirnya, biji2 sagu serta kelapa parut saya simpan semula. Masak jemput2 jer pagi semalam.


Selepas Adik ke sekolah, saya pergi ke pasar. Hajat dihati nak mencari ikan2 jer. Muak dah rasanya asyik ayam je. Daging dah lama tak makan sebab hubby tak boleh makan daging yang berdarah merah. Ada tak daging yang berdarah selain daripada merah?

Selepas membeli sedikit ikan dan sayur2an, saya menuju ke gerai yang menjual barang dapur Saya ambil gula merah sepaket. Sebelah petang hujan turun dengan lebatnya. Biasalah...bila hujan2 ni perut sentiasa minta diisi. Maka jadilah Abok-Abok Mini ni....



Saya gunakan acuan lompang yang molek2 tu. Masukkan satu sudu kecik sagu yang telah digaul dengan kelapa parut, lepas tu letak sedikit gula merah tadi dan tutup dengan satu sudu kecil campuran sagu lagi. Lepas tu kukus hingga warna sagu bertukar ke lutsinar.


Angkat dari kukusan dan sejukkan sekejap. Lepas tu bolehlah dikeluarkan dari acuan lompang tadi. Lepas tu saya tangkupkan dua biji supaya dia jadi bentuk bulat....hehehe...
Alhamdulillah...sedap dimakan waktu masih suam2. Kena pulak dengan Teh Tarik....


Wednesday, July 21, 2010

Birthday Cuppies


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO PUAN RASHIDAH ABD AZIZ

Tempahan cuppies ini saya terima dah lama. Dari seseorang yang berada di Kuala Lumpur, Shahila Abd Aziz (Ila). Katanya nak surprisekan kakaknya yang menyambut ulangtahun kelahiran pada 19hb. Julai. Kakaknya, Puan Nor Rashidah Abd Aziz, bekerja di MMHE tapi saya tidak pasti di jabatan mana. Surprise ini ialah daripada abang ipar Ila.

Malam Isnin (hari Ahad) tu saya sms Ila bertanyakan agak2 pukul berapa orang tu nak datang ambil cuppies tu. Sebabnya kalau awal pagi, saya kenalah sediakan segala2nya pada malam tu jugak. Rupanya2 kata Ila, surprise tu terpaksa ditunda ke hari Selasa sebab pakciknya meninggal dunia. Al-Fatihah! Takziah kepada Ila dan keluarga. Jadinya kakaknya pun berada di KL pada masa tu. Hari Isnin baru nak balik ke Pasir Gudang. Hari Isnin malam barulah seseorang utusan dari Ila datang mengambil cuppies tersebut.




Chocolate moist cuppies
Deco with buttercream + gumpaste
Saiz S - 25 pcs
Color : pink + purple


Baki cuppies tu saya deco sebarang jer dengan baki buttercream yang ada...

Tempahan Hari Ahad


Salam sejahtera untuk semua. Ini cerita tempahan hari Sabtu lepas. Semuanya saya sedia dan siapkan pada sebelah malam sebelumnya. Biasanya kalau ada tempahan yang nak diambil dan dihantar pada sebelah pagi atau tengahari, saya akan suapkan pada malam sebelumnya. Nak siapkan di waktu pagi tentu2nya tak sempat. Dan kebiasaannya hanya akan siap selepas jam 3 pagi.

Tempahan ini saya terima daripada Ezu (Taman Scientex). Exu dah banyak kali mengulangi tempahan dengan saya. Terima kasih Ezu! Memandangkan pagi Ahad tu saya ada program bersama Adik (Pertandingan Uji Minda Tadika Pintar Bistari), saya buat temujanji dengan Ezu untuk bertemu di Balai Raya Masai sahaja. Semua tempahannya saya bawa bersama2 pagi tu. Jam 10 pagi Ezu datang mengambil tempahannya.

Sebenarnya, asalnya Ezu nakkan tempahan2nya ni pada Sabtu minggu depan (24hb Julai). Dia nak celebrate ulangtahun perkahwinannya. Tapi disebabkan minggu tu hubbynya ada training, dia awalkan seminggu sambutannya. Anyway...HAPPY ANNIVERSARY EZU!!!!!!


Blueberry cheese tart...

Cream puff - filling kastad jagung. Yang gelap tu ialah cokelat cream puff...

APam Comel inti Strawberi...



Home Made Chocolate


Salam sejahtera untuk semua. Ini cerita hari Sabtu lepas. Ya Allah...tak menang tangan nak handle semua benda!

Tempahan cokelat ini saya terima di saat2 akhir. Sudahlah tak berapa terror lagi nak buat cokelat, sekali dapat order nak 60 packs, 2pcs per pack. Sebenarnya order ini transfer dari Sifu Nina tu. Order ini untuk Leeyana (Nusa Damai). Nina dah tak cukup kaki dan tangan nak buat, itu yang dia suruh saya yang buat. Leeyana nak cokelat tu tengahari Sabtu sebab Leeyana ada buat kenduri cukur jambul anaknya pada sebelah malam.

Hari Jumaat malam Sabtu tu, saya mulakan projek cokelat ni dengan hubby dan Ayong. Dalam masa yang sama, saya calling2 jugak Nina...minta bantuan! Alhamdulillah...siap jugak cokelat tu. Kena pulak acuannya setiap bentuk cuma ada 1 papan, terpaksalah tunggu keras, kelarkan dan baru tempa cokelat lagi.


Saya campurkan dengan peanut butter...sedap jer aromanya!

Nak dijadikan cerita...pagi Sabtu tu sepatutnya turn hubby tak bekerja tapi disebabkan ada major project di kilang, hubby kena attend jugak. Dan pagi Sabtu tu jugak ada Hari Bertemu Pelanggan di SMKPP dan SKTPP. Mula2 saya ke SKTPP untuk mengambil kad kemajuan Abang Yang. Selesai di SKTPP, saya ke sekolah sebelah pulak...SMKPP untuk mengambil laporan kemajuan Abang Ngah.

Balik dari sekolah, barulah saya ke kedai mencari packing untuk cokelat tu. Balik terus je packing cokelat pulak. Dalam masa yang sama, suruh Adik bersiap2 sebab jam 2:30 petang ada raptai Pertandingan Uji Minda di Balai Raya Masai. Masa tu memang kelam-kabut sebab banyak tugas nak diselesaikan. Nak hantar cokelat, nak hantar Ayong ke stadium, nak ke Balai Raya Masai... Akhirnya minta bantuan hubby untuk hantar Ayong.

Selepas Zohor saya terus hantar cokelat ke rumah Leeyana. Lepas tu terus ke Balai Raya Masai untuk raptai Adik pulak.

Cokelat dah siap packing dua biji setiap pek...


Selepas siap buat cokelat malam tu, saya teruskan pulak dengan Apam Comel. Tempahan daripada Aina sebanayk 150biji. Nak 2 filling - blueberry dan cokelat.



Tuesday, July 20, 2010

Tempahan Jumaat


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Ya Allah...dah lama rupanya saya tidak mengemaskinikan blog saya ni! Hampir seminggu lamanya. Allah huakbar! Nasib baiblah tidak bersawang rumah saya ni!

Alhamdulillah...kerana masih diberi kesempatan olehNya untuk bersiaran. Kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan anak2 yang ada bermacam2 aktiviti sekolah, dengan hubby yang dah 2 minggu berterusan bekerja - tak kira hari Sabtu mahupun Ahad. Semuanya kerana ada projek "major overhaul" di kilang tempat hubby bekerja. Jadinya semua aktiviti anak2 terpaksa saya yang kelolakan selain daripada kesibukan di dapur dan menyiapkan tempahan2 yang diterima. Alhamdulillah...

Ini adalah tempahan2 yang saya siapkan untuk order hari Jumaat lepas. Tak menang tangan jugak sebab banyak order untuk hari itu. Walaupun kuantitinya tak berapa banyak tapi disebabkan saya ni belum pro lagi, makanya mengambil masa untuk menyiapkannya. Kalau yang dah pro tu, kacang jer.....!


Blueberry cheese tart sebanyak 50pcs, tempahan daripada Zairani. Hubby tolong bawakkan selepas solat Jumaat...


Chocolate chip muffin sebanyak 100pcs, tempahan dari Kak Nyah (Puan Mariam) untuk majlis pertunangan adik ipar anaknya. Muffin ni dipacking secara individu.

Hehehe...terbeli bekas yang besar sikit, tu yang tenggelam sikit muffin tu...


Yang di bawah ini pula ialah tempahan yang saya terima daripada Siti di Taman Rinting. Saya tak tahulah pulak siapa nama penuh Siti ni. Katanya semua tu nak dibawa balik ke Kota Tinggi, ada kenduri. Siti datang ke rumah saya pada sebelah malam sebab terpaksa tunggu suaminya balik dari outstation di Muar. Pagi Sabtu tu baru mereka bertolak balik ke Kota Tinggi.

Apam comel inti kaya. Kata Siti sebab nak dijamu pada orang2 tua yang berpankat nenek dan atok, itu yang dia minta buatkan inti kaya. Nak buat inti bluberi, takut nenek2 dan atok2 tu tak lalu nak makan pulak!

Kulit tart sebanyak 100pcs. Nak buat tat telur kata Siti...

Cream puff inti kastad jagung...

Blueberry cheese tart...

Pagi Isnin, 19/07/2010, saya terima SMS daripada Siti :
"Salam kak. Nak bgtau ni. Apam comel tu kejap je setel. Suma puji. Kesimpulannya tak sempat hidang kenduri dah dikendurikan dulu he2. Cistat pun sedap. Sayang nak makan. Tq akak."

Alhamdulillah!!!

Wednesday, July 14, 2010

Demam Bola


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Walaupun Piala Dunia dah berkahir, demamnya masih terasa kepada peminat2 bola yang agak fanatik. Masih teruja untuk meraikan kejayaan pasukan pilihan. Disebabkan demam itulah, terhasilnya padang bola yang belum sempat dipotong rumputnya ini. Tak sabar2 pemain2 tu nak bermain, rumput tinggi pun tinggilah! Asalkan dapat main bola....


Almond carrot cake
9" x 9"
Deco dengan buttercream
Ditempah oleh Tini untuk temannya Scdha...


Tak ada ruang yang mencukupi untuk menulis, tulis atas kepingan coklat saja.



"HAPPY  BIRTHDAY SCDHA"...