Sunday, January 11, 2015

Kembali Ke Sekolah

 Persiapan terakhir sebelum kembali ke sekolah. Yang ini barang2 untuk Muhammad Azrai yang akan kembali ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sg. Gadut, Seremban. Sesi persekolah tahun 2015 akan bermula pada hari Isnin, 12hb Januari 2015. Pagi ahad akan bertolak ke SDAR. Tahun ni dorm mereka akan bercampur penghuni dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Sebelum ni dalam satu dorm tu terdiri daripada tingkatan yang sama. Azrai masih di Blok Temenggung. Cuma dia akan berpindah ke tingkat paling atas.
Ni antara barang2 yang WAJIB dibawa lebih daripada satu. Asyik hilang je. Walaupun harganya tidaklah mahal, tapi kalau setiap kali outing atau 'balik kampung' mesti kena beli 2,3 pasang, jenuh juga. Yang hilang tu kira bukan rezeki dia la...rezeki orang lain.

2 comments:

fazianbatrisyia said...

Br siap iron uniform....kerja bertangguh la ni....he..he...
dok asrama mmg selalu benda2 cam tu ghaib....

Azita Zain said...

Fazianbatrisyia :
Nasib baik yang bersekolah tinggal seorang aje di rumah ni. So tiada masalah nak menggosok baju sekolah...hihi