Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahan-bahan :
Ini adalah menu tertunggak. Lama dah. Sekarang ni saya tak makan dah sardin dalam tin. Kalau dulu saya suka simpan stok ikan sardin. Saya masak kalau tak ada lauk2 lain di rumah. Ataupun kadang2 nak tukar selera. Tapi sekarang ni, sardin dalam tin dah tak termasuk dalam senarai pembelian barang2 dapur.
- 1 tin besar ikan sardin - saya gunakan jenama Botan
- 2 biji kentang - kupas dan potong dadu
- 2 ulas bawang merah **
- 2 ulas bawang putih - hiris halus - hiris halus **
- 1 inci halia - mayang halus **
- Daun kari secukupnya **
- 2 sudu besar rempah ikan
- 1 sudu besar sos cili
- 1 cawan santan
Cara-caranya :
- Campurkan serbuk rempah dengan sos cili dan sos ikan sardin. Kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang bertanda ** hingga kekuningan.
- Masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan kentang dan sedikit air. Masak hingga kentang separuh masak.
- Masukkan sardin dan kacau perlahan.
- Masukkan santan. Masak hingga santan mendidih sambil dikacau supaya santan tak pecah minyak.
- Masukkan perisa secukupnya.
- Siap untuk dihidangkan.
2 comments:
wowww, sedapnya kak..cicah ngn roti mst terangkat ni...
Liza :
Boleh aje nak makan dengan apa pun. Roti slice, roti arab, lempeng...perghhh...terliur la pulak.
Post a Comment