28-09-2014 segalanya bermula...
Pergi ke nursery. Bercadang nak membeli tanah sahaja. Tapi ternampak la pulak bunga2 yang cantik. Di rumah cuma ada bunga2 kertas / bougenvilla je. Apa salahnya menambah koleksi bunga untuk menyerikan lagi halaman yang sekangkang kera...kan? Maka terbelilah bunga Ros Jepun (RJ) berlapis dan juga Teronia ni. RJ saya beli 3 pasu kecil dengan warna2 yang berlainan. Manakala teronia saya beli 2 pasu, juga dengan warna yang berlainan.
Yang merah ni ialah bunga keembong. Rajin keembong ni berbunga. Lebat pulak tu bunganya.
RJ berlapis ada kaler pink, oren dan purple.
Nak panggil kaler apa ya teronia ni? Yang belakang tu warnya gelap...macam warna biji kundang. Yang depan ni kaler pink purple kot...hehehe...rabun warna.
2 comments:
salam...saya asyik usha bunga yang bawah tu,tumbuh tepi pagar tempat laluan pergi kerja....rupanya nama dia teronia.
NasaMulia :
Bunga tu senang hidaup. Patahkan batangnya dan cucuk saja pd tanah. In shaa Allah dah boleh hidup. Selain drpd 2 warna tu, ada lagi warna2 lain yg cantik2..
Post a Comment