Sunday, January 18, 2015

Singer 9217

 Mesin jahit Singer. Saya beli selepas mula bekerja di Kiswire pada tahun 1992. Dah lebih daripada 20 tahun. Boleh masuk kategori antik ke?
 Singer...menawan keluarga bahagia! Motto Singer...
 Yang best pasal mesin jahit ni ialah ada banyak pilihan jenis jahitan. Pilih je nak design mana. Ni mesin elektrik. Tak payah nak kayuh2. Tekan je kat hujung kaki, bekerja le mesin tu.
Rasanya ini model yang paling femes dulu2. Tapi masalah nak mencari sekucinya. Susah sangat2 nak dapat sekuci di pasaran. Saya ada 3 je lagi sekucinya. Terpaksalah bersalin benang selalu. Mesin ni rosak aritu. Benangnya berkumpul2 di bahagian bawah dan juga benang atas selalu putus. Bawak pergi ke kedai membaiki mesin, kena la RM85. Tapi alhamdulillah. Saya hantar tengah hari, petang tu apek tu dah call, suruh datang amik. Alhamdulillah. Dah boleh meneruskan aktiviti menajahit pula. Setakat baju kurung dan baju2 untuk pakai sendiri, boleh la.

1 comment:

fiza hafaz said...

salam, akak ade simpan buku manual mesin ni x? ade mesin macam ni jugak warisan bonda...ihihihii nak belajar pakai. tq kak

fizahafaz.blogspot.com