Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam minggu ni sahaja, dah dua kali saya buat Scrambled Toast ni. Sesuai untuk sarapan dan minum petang. Nak membuatnya pun senang dan ringkas.
Bahan-bahan :
- 12 keping roti slice
- 5 biji telur
- Lada sulah secukupnya
- Perisa secukupnya
- Daun sup/bawang - dihiris halus * jika suka
- Mayonis untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
- Sos cili untuk hiasan - masukkan ke dalam piping bag
- Hirisan slice cheese - jika suka
- Sedikit mentega / marjerin untuk sapuan
Cara-cara :
- Gelek roti dengan roll pin supaya roti mudah dibentuk.
- Sapukan mentega di kedua2 belah permukaannya. Ketepikan.
- Pukul telur dengan garfu. Masukkan perisa secukupnya dan juga lada sulah. Pukul hingga sebati.
- Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak. Masukkan adunan telur dan kacau laju2 dengan menggunakan garfu. Kacau hingga adunan menjadi bergentel2 dan sedikit kekeringan dan garing. Angkat dan sejukkan seketika.
- Kepingan roti tadi dimasukkan ke dalam loyang muffin. Caranya : temukan kedua penjuru roti yang bertentangan dan masukkan ke dalam lubang loyang muffin.
- Masukkan telur yang telah dimasak hancur tadi.
- Letakkan hirisan slice cheese.
- Picitkan mayonis dan sos cili ke atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 degree selama 10 minit.
- Siap untuk dihidangkan.
3 comments:
NAk cuba la.. Macam senang je..
Memang senang sangat CikPuan DikSu. Anak2 akak memang suka. Hiasa atas tu boleh dipelbagaikan ikut citarasa sendiri.
kreatif pulak tengok roti dilipat gitu :D
Post a Comment