Thursday, April 12, 2012

Sup Ayam Dan Kentang




Hidangan yang ringkas untuk keluarga. Kalau masak sup, tak kisahlah sup apa2 pun, gerenti dapat sambutan. Kat rumah ni dah tak berapa meriah nak masak sebab yang kaki makan dah tak ada. Sekarang ni, kalau masak nasi 2 cawan kecik tu pun tak habis makan. Tapi bila ada sup, laju je masing2 makan. Alhamdulillah. Adik pulak paling suka makan ayam tapi bahagian peha (drumstick) aje. Kalau ada drumstick goreng, 6 ketul dia makan sorang pun boleh habis sekali hadap. Jom tengok resepi ringkas saya di SINI.



Lagi satu, saya suka masak sup sebab hubby suka. Tapi cuma sup ayam atau ikanlah sebab kalau sup daging, hubby tak makan. Hubby tu ada gout...so banyak makanan yang hubby tak boleh makan. Daging ayam pun kadang2 je hubby makan. Selalunya untuk hubby cuma terhidang ikan dan sayur2 je. Sayur pun ada yang tak boleh dimakan. Susah sikit sekarang nak masak sebab kena fikirkan apa yang hubby boleh dan tak boleh makan. Tapi hubby suruh masak macam biasa je, untuk anak2. Tapi kesian pulak tengok hubby tak makan kalau saya masak daging ke, makanan laut ke... Akhirnya, kami sama2 'berpuasa' dari mengambil makanan yang hubby tak boleh makan. Cuma untuk anak2 tu adalah saya sediakan juga. Apa2pun, syukur di atas limpah rezeki dan nikmat yang telah DIA berikan kepada kami. Alhamdulillah.



3 comments:

geez said...

Nyum nyum....^-^

~~zana@pb~~ said...

Kita memasak untuk memuaskan hati keluarga dan besar pahalanya, insyaallah.
Hubby sakit gout ke? sama mcm bapa mertua akak, mmg bnyk pantangnya.

Azita Zain said...

Geez :
Yummy...!

Zana :
InsyaAllah...semuanya bergantung kepada niat.
Ya, hubby ada gout, memang banyak pantangnya...kalah orang pantang bersalin!