Friday, April 6, 2012

Roti Masin aka Biskut Osborne




Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ini hari Jumaat. Hari ini 6hb. April, 2012. Sekarang ni dah petang Jumaat. Bukannya pagi, subuh, tengahari ataupun malam Jumaat. Apa merepek meraban ni ha? Issshhh...petang2 Jumaat ni buat hal pulak...

Tak ada apalah. Saja je. Eh...korang pernah makan tak biskut ni? Emak saya panggil biskut ni ROTI MASIN. Tak tau le kenapa roti masin. Rasanya tidaklah masin biskut ni. Biskut ni senang didapati di Perak. Kat tempat lain...wallahhualam. Kat Johor ni pun rasanya susah nak dapat. Saya hanya boleh beli biskut ni di Pasaraya Maslee di Taman Cendana tu. Itupun harganya...mak aaiiiihhhh...mahal! Dah tu siap packing2 100gm++ je. Kalau saya balik kampung di Perak, mesti saya beli biskut ini paling kurang pun 2kg. Anak2 suka.

Eh...lupa nak bagi tau nama saintifik biskut ini. Inilah biskut OSBORNE. Kenapa osborne? Entah...! Tapi kilang biskut ini ialah di Kuala Kangsar, Bandar Di Raja Perak. Macam mana nak makan biskut ni? Kalau ikut emak saya, makan bersama dengan ikan bilis mentah pun dah sedap. Terutamanya bila emak tengah kelaparan. Emak patah2kan biskut tu, lepas tu ambillah seekor ataupun dua ekor ikan bilis, letak atas biskut tu dan terus ngaaapppp...! Rangup jer dikunyah. Anak2 saya pulak (saya pun sama gak!), masukkan biskut tu dalam air teh O yang suam2, tunggu sekejap supaya air teh O tu meresap ke dalam biskut tu, sudukan dan terus ngaaapppp...! Sarapan pagi macam gini pun dah mengenyangkan. Adik paling suka! Sekali rendam dalam mangkuk dapat 6 keping bulat2 tu. Sekali rendam tak cukup...paling kurang dua kali rendam. Bllluuurrrpppp...alhamdulillah!


3 comments:

NEKCIK said...

askm azita....nekcik panggil ni roti tawar..sedari kecik nekcik mmg dah pandai makan biskut ni..arwah bapak akan bli satu tin besar tu....kadang kadang rendam teh o..tapi mak nekcik akan goreng biskut ni mcm mee hoon..patah patahkan..pas tu..jirus sedikit air panas..jgn bnyak..nnti lembik sesangat..tumis mcm buat beehoon..pecahkan telor..tambahkan taugeh atau daun kuchai..tapi nekcik tak pkai cili...pakai lada sulah,bwg,ikan bilis...sodaap...nekcik slalu buat

Azita Zain said...

Waalaikumussalam Nekcik...
Arwah abah saya suka celup dengan kopi-O. Memang sedap!

norlieharumaini said...

masa kecik kecik suka beno makan biskut ni...