Monday, April 16, 2012

Agar-Agar Santan



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah lama teringin nak makan Agar2 Santan ni tapi baru2 ni aje berkesempatan untuk membuatnya. Bukan disebabkan oleh kekangan masa tapi setiap kali pergi ke kedai, terlupa aje nak membeli agar2 bertali ni. Nak gunakan serbuk agar2 pun boleh tapi lebih power kalau guna agar2 bertali. Lagipun barulah mencabar sikit nak membuatnya. Yang ini versi comel-lote. Saya gunakan acuan tat yang besar. Acuan tu rendah je, tu yang lapisan hijau pandannya tak nampak. Nampak lapisan telur aje.

Agar2 Santan ni memang sedap dimakan masa sejuk2. Nyaman jer bila dia tumpang lalau kat anak tekak. Anak tekak pulak memang menantikan kehadiran si agar2 ni. Sempatlah mereka beramah mesra dulu sebelum masing2 meminta diri. Hahaha...!


Yang ini pulak versi loyang besar dan tinggi. Barulah nampak lapisan hijau pandan dan telur santan tu berasingan. 



Sebab dah lama tak buat Agar2 Santan ni, maka cepat aje habisnya. Saya buat pada awal petang. So saya hidangkan masa makan malam. Bakinya, dihabiskan waktu makan tengahari keesokan harinya. Alhamdulillah.

5 comments:

Gee® said...

Wow...nyamannya tekak...

Sari Yusa Ibrahim said...

suka sangat agar-agar santan... tak pernah jemu..

CT Delima said...

As'salam Kak Ita

sedapnya kak...fav ct sekeluarga ni, hijau lagi tu, lembut aje mata memandang lagi lembut masuk dalam tekak..hihihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tengahari2 mcm ni mmg bestlah layan agar2 santan ni... nak pulak sejuk2 baru keluar peti ais... mmg nyamann...

Azita Zain said...

Gee :
Bayangkan...tengah panas2 tu, kita berendam kat air terjun!!! Huhuhu...

Sari Yusa Ibrahim :
Evergreennnnnnn.........!

Ct Delima :
Waalaikumussalam Ct.
Warna2 alam tu...sedap mata memandang, sedap jugak anak tekak menelan!

Madiha :
Hihihi...bayangkanlah!