Tuesday, April 10, 2012

Pulut Kuning Lagi...!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Hmmm...pulut kuning dan rendang daging lagi! Masih menunaikan hajat di hati... Alhamdulillah. Kalau hari tu saya mengukus sebanyak 10kg pulut kuning dan 5kg rendang daging, pagi tadi saya mengukus lagi 8kg pulut kuning bersama dengan 4kg rendang daging. Alhamdulillah. Tertunailah sudah hajat di hati kami.

 Pulut tu saya dah rendam dari petang semalam lagi. Memandangkan hajat di hati nak menghantar pulut dan rendang tersebut ke SKTPP pada waktu rehat, seawal jam 6:15 pagi saya dah memulakan proses untuk mengukus. Nasib baik dah ada kukus bersaiz besar, jadinya saya hanya memerlukan 2 loyang kukusan sahaja untuk menyudahkan kerja2 mengukus. Kedua2 loyang tu saya kukus pada masa yang sama...bertingkat dua. Alhamdulillah...sekitar jam 9:00 pagi, selesailah kerja2 mengukus pulut kuning. Rendang pulak saya dah masak malam tadi. Pagi ini saya cuma panaskan dan keringkan sedikit lagi. 

Gandingan pulut kuning dan rendang daging ini saya hantar ke SKTPP. Sebelum ke sekolah, saya telah menelefon Cikgu Fuzaihan, bertanyakan waktu rehat guru2 Tahun 6. Alhamdulillah...belum terlewat lagi. Saya hantar pulut dan rendang tu ke kantin guru. Sempat berbual dengan beberapa orang guru yang sedang menjamu selera di situ. kepada mereka, saya sampaikan hajat saya yang tidak seberapa itu berbanding dengan jasa, bakti dan pengorbanan guru2 terhadap anak2 saya. Terima kasih Cikgu!!!


Selepas hantar ke SKTPP dan hantar Adik ke SATPP, saya meneruskan proses pembungkusan pula. Kali ini untuk pekerja2 hubby. Hubby mintak packingkan sebanyak 60packs. Alhamdulillah...siap dah!

 Pulut kuning dan rendang dimasukkan dalam bekas yang sama...dilapisi dengan daun pisang sebagai pemisah antara pulut dan rendang.

 Dah siap dilapisi dengan rendang daging...



Dah siap dipacking. Tunggu hubby balik untuk dibawa ke tempat kerja.


4 comments:

Gucciey Lavender said...

nyummy nyummy :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Rezeki dikongsi bersama, Alhamdulillah

Anna Qawina said...

Aslmkm Kak Ita..mana saya punya? kata haritu nak bg 3 bekas kan? tak aciii..nak jugakkk..

Kak, canne nak buat pulut tu ek? saya masih kekeliruan..huhu..dgn kata lain masih gagal membikin pulut..hehe

Azita Zain said...

Gucciey Lavender :
Yummyyy...!

Yus :
Alhamdulillah! Rezeki daripadaNYA juga...

Anna :
Eeee...kan akak dah bagi ari tu...bukannya 3 bekas...akak bagi 4 bekas, kan?
Camane nak buat? Nanti akak ceritakan kat entry seterusnya ya...sbb panjangggggggggggg ceritanya! Hihihi...