Sunday, April 22, 2012

Anugerah Cemerlang SPM 2011 SMKPG



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah dua kali Sabtu saya menghadiri majlis anugerah untuk Ayong. Minggu lepas majlis anugerah untuk pasukan pancaragam. Semalam pulak ada majlis anugerah untuk pelajar2 cemerlang SPM 2011 di SMK Pasir Gudang. Selain daripada anugerah tersebut, turut diadakan Hadi Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Dermasiswa Lafarge.

Sepatutnya majlis tersebut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Dato' Seri Haji Mohammed Khalid bin Haji Nordin tetapi disebabkan YB ada program lain di Taman Cendana (rasanya...), makanya beliau telah diwakili oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Tuan Haji Khairi bin Abd. Malik (muka beliau ada iras2 bekas DYMM SPBYDP Agong, Tuanku Mizan).
 Ayong merupakan salah seorang pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang SPM 2011 SMKPG. Seramai 14 orang telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut. Mereka terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan sekurang2nya 6A.

 Asna Hanani tiba dari KL pada petang Jumaat semata2 untuk menghadiri majlis ini.

 Ketibaan wakil YB disambut oleh Puan Hajjah Saleha dan juga Pengurus Kilang Lafarge Cement Sdn Bhd, Pasir Gudang, Encik Tay Che Hui.

Tahun ini SMK Pasir Gudang telah menjadi tuanrumah Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2012 Lafarge. Setiap tahun Lafarge Cement Sdn Bhd (LCSB) akan memberikan anugerah kepada pelajar2 cemerlang melalui projek yang dikenali sebagai Projek Sekolah sejak tahun 1997. Sehingga kini LCSB telah membantu lebih 2,500 orang pelajar yang memerlukan bantuan serta memberi pengiktirafan kepada 820 orang pelajar cemerlang dalam UPSR dan SPM. Sebanyak 6 buah sekolah di Johor terlibat dalam Projek Sekolah ini iaitu SMK Pasir Gudang, SMK Telok Kerang, Pontian, SK Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Kg Pasir Putih dan SK Perigi Acheh. Projek ini meliputi 29 buah sekolah di Pasir Gudang, Rawang, Kanthan dan Langkawi (kawasan di mana terdapatnya kilang LCSB).

Gambar2 lain boleh dilihat di SINI ya..

 Puan Hajjah Saleha binti Wahab, Pemangku Pengetua SMK Pasir Gudang.

 En. Tay Che Hui, Pengurus Kilang, Lafarga Cement Sdn Bhd, Pasir Gudang.

 Tuan Haji Khairi bin Abd. Malek, Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi.

 Persembahan nasyid..

 Coral speaking

 Penerima2 dermasiswa Lafarge 2012 bergambar bersama Pengurus Kilang selepas beliau menyampaikan dermasiswa tersebut. Seramai 30 orang tersenarai sebagai penerima dermasiswa ini.

 Penerima2 anugerah kecemerlangan akademik Lafarge 2012 bergambar beramai2 bersama wakil YB. Mereka menerima wang tunai, sijil dan hadiah iringan.

Majlis diteruskan dengan anugerah kepada pelajar2 cemerlang SPM SMKPG 2011. Seramai 11 orang terpilih untuk menerima anugerah ini. Ayong adalah salah seorang daripada mereka.

 Entah apalah yang diperkatakan oleh wakil YB tu kepada Ayong selepas menyampaikan sijil,wang tunai dan cenderamata iringan kepadanya. Beriya2 nampaknya...!

 Daripada 11 orang, tinggal 8 orang aje yang sempat bergambar bersama2 sebelum bersurai. Selepas ni entah bila pulak mereka boleh berkumpul lagi...


Di akhir majlis, tetamu dan pelajar2 dijamu dengan nasi ayam. Adik makan 2 pusingan. Pusingan pertama, dia ambil ayam aje. Dah abis ayam tu barulah dia ambil nasi ayam pulak. Tengoklah gaya dia makan tu...macam tak makan 3 hari!

1 comment:

Gee® said...

Tahniah Ayong & rakan2... juga buat mamanya...