Wednesday, April 27, 2011

Pertandingan Kawad Kaki



Ini adalah hadiah yang diterima oleh Abang Yang pada hari Isnin lepas. Hadiah ini disampaikan oleh Guru Besar semasa perhimpunan di pagi Isnin tu. SK Taman Pasir Putih telah menjadi JOHAN dalam Pertandingan  Kawad Kaki Unit Berunifom Lelaki Sekolah Rendah bagi Daerah Pasir Gudang yang telah diadakan di SK Taman Rinting 2. 

Pasukan Kawad Kaki Unit Beruniform Perempuan juga telah menjadi JOHAN. 
TAHNIAH untuk mereka!!!


Semalam, 26hb April, 2011 (Selasa), pasukan kawad kaki lelaki telah menyertai pertandingan peringkat negeri yang telah diadakan di SK Kota Kulai, Kulaijaya. Mereka hanya menduduki tempat kelima daripada sepuluh pasukan yang bertanding.

Hari ini, 27hb. April 2011 (Rabu), pasukan kawad kaki perempuan pulak akan beraksi di Kem Pengakap Tanjung Laboh, Batu Pahat. Azrai dan Fatihi (Ketua dan Penolong Ketua Pasukan Kawad Kaki Lelaki) turut pergi bersama2 mereka. Malam tadi mereka bermalam di sekolah kerana akan bertolak awal2 pagi ke Batu Pahat. Moga pasukan mereka akan menempa kejayaan. InsyaAllah...!

3 comments:

KuNanGKuNanG said...

tringat zaman sek dulu2.kawad tengah panas. muka pun jd belang2.he3

Azita Zain said...

KunangKunang :
samalah mcm anak akak tu...dah gelap sesangat dah!

Azian Elias said...

patut lah kasut kawad licin kat kedai.. ada pertandingan ye...