Tuesday, May 3, 2011

Majlis Pernikahan Pak Su - 30hb April 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. pengunjung....

Alhamdulillah...selesai sudah majlis pernikahan Pak Su (adik ipar saya yang bongsu) pada 30hb. April 2011 yang lepas (hari Sabtu). Majlis tersebut telah selamat dilangsungkan di rumah pengantin perempuan di Parit Jamil Darat selepas waktu Isyak. Alhamdulillah...!

Kami bertolak balik ke Muar pada hari Jumaat, sekitar jam 9:00 malam. Perjalanan balik kali ini mengambil masa yang agak panjang sebab kami membawa balik kek hantaran. Kami sampai di rumah mertua selepas jam 12:00 tengah malam.

Memandangkan majlis pernikahan akan berlangsung pada sebelah malam, jadinya saya masih berkesempatan untuk menyiapkan segala hantaran. Pihak lelaki membawa sebanyak 9 dulang hantaran.




 Alat2 solek, cokelat, kasut, sepasang baju dan tudung, buah2an, sirih junjung, kek dan set barang kemas bersama mas kahwin...

 Duit hantaran saya susun dalam frame gambar tapi terlupa pulak nak snap gambarnya. Rasa macam dah snap...bila tengok2 balik rupa2nya tak ada. Nak buat macam mana, duitnya dah sampai ke tangan pihak perempuan...






Pihan perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran. Ada buah2an, sirih junjung, jam tangan, set tali pinggang dan dompet, cokelat, kek, kerisikan, agar2 pelangi, cupcakes, set kemeja & seluar dan juga kasut.


 Inilah pengantin lelakinya...merangkap adik ipar saya yang bongsu...Mohd Azizan bin Haji Suradi.
 Nama manjanya ialah Jijan dan anak2 buah lebih senang memanggilnya Pak Su...


 Tok Kadi sedang menulis sesuatu di borang yang disediakan. Pak Su tu berdebar2 jer...

 Inilah pengantin perempuannya...Nor Amilda binti Md. Jamil...

Masa ni Tok Kadi tu masuk ke bilik pengantin sebab nak dapatkan persetujuan dan juga pengantin perempuan perlu untuk menandatangani beberapa helai borang pernikahan.


 Tok Kadi tu kata, "....bila tiba tang nama pengantin perempuan ni, awak jangan salah sebut pulak. Menangis pengantin perempuan kat depan ni kang....". Tok Kadi ni banyak benar buat lawak spontannya. Nak menghilangkan gugup sang pengantin agaknya.


 "Aku terima nikah Nor Amilda binti Md Jamil dengan mas kahwinnya sebanyak RM100 tunaiiii....!"

Alhamdulillah...dengan sekali lafaz sahaja, Pak Su sudah sah menajdi suami kepada Mimi (panggilan manja pengantin perempuan...).




"Borang ni kena isi betul2 dan perlu di'sain'...kalau tak awak kena nikah sekali lagi...hehehe", kata Tok Kadi tu...




 Mengaminkan doa selepas selesai upacara akad nikah...

 "Leganya aku....!"...itulah agaknya kata hati Mimi...



 Abah dan emak pengantin lelaki...juga ibubapa mertuaku!


Abah dapat menantu seorang lagi....!

 Upacara membatalkan air sembahyang...Pak Su memakaikan set barang kemas...ccincin, rantai tangan dan juga rantai leher.

 Dak semuanya selamat, mereka disandingkan di atas pelamin serba biru-putih.



2 comments:

KuNanGKuNanG said...

tahniah kpd mempelai...

Sari Yusa Ibrahim said...

selamat pengantin baru paksu & maksu.. semoga bbahgia hingga ke syurga..