Wednesday, April 13, 2011

Jemputan


Jangan keliru ya! Ini bukannya jemputan Walimatul Urus. Sebaliknya adalah jemputan ke SMK Pasir Putih. 

Ada apa kat SMK Pasir Putih??? ==> Ada Majlis Anugerah Permata Gemilang, Hari Bertemu Pelanggan & Hari Keusahawanan 2011.
Bila??? ==> 16hb April 2011 ni...hari Sabtu.
Pukul berapa??? ==> 8:15 pagi ~ 11:00 pagi
Kat mana??? ==> Dewan Bestari


 Lawa kad jemputan ni...purple gitu...!

Saya menerima kad jemputan tersebut sebab saya merupakan AJK PIBG SMK Pasir Putih Sesi 2011/2012. Abang Ngah pun ada dapat surat jemputan sebab dia akan dapat anugerah dalam kategori Hal Ehwal Murid. Alhamdulillah...



Semua ibubapa dan penjaga murid adalah dijemput hadir. Bukan setakat ada majlis anugerah tetapi diadakan juga Hari Bertemu Pelanggan. Dengan erti kata lain, masa inilah ibubapa dan penjaga boleh bersua muka dengan guru kelas anak masing2 dan mendapatkan kad lapuran kemajuan prestasi anak masing2. Dalam masa yang sama, bolehlah juga kita beramah mesra dengan guru2, bertanyakan prestasi anak2, ada masalah ke tidak dengan anak2 kita tu... Pada hari2 yang lain bukannya tidak boleh berjumpa dengan guru2 tersebut tapi pada Hari bertemu Pelanggan ini, boleh juga bersua dengan ibubapa2 yang lain. Boleh mengeratkan silaturrahim...Insyaallah.


 Aturcara majlis...

Selain daripada itu, diadakan juga Hari Keusahawanan. Abang Ngah dah "booking" dengan saya, suruh buatkan "sesuatu" untuk dijual pada hari tersebut. Hmmm...agak2nya, nak buat apa ya? Cupcake...? Rasanya macam akan dapat sambutan. Boleh juga ni... Lagi? Rasanya Blueberry Cheese Tart pun akan dapat sambutan jugak ni... Akhirnya Abang Ngah buat  keputusan untuk jual kedua2nya sekali...!


2 comments:

Unknown said...

jual coklat pon ok gak..bdk2 suka coklat..hehehe

Azita Zain said...

Ezzilin :
Good idea. Thanks ya...