Sunday, April 17, 2011

Majlis Anugerah SMK Pasir Putih


Majlis 3-dalam-1 ini (Majlis Anugerah Permata Gemilang, Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Keusahawanan SMK Pasir Putih) telah selamat dilangsungkan pagi tadi. Seawal jam 7:50 pagi, saya dah sampai ke perkarangan sekolah. Kat pintu masuk utama, Cikgu Azizah yang berdiri bersama kumpulan kompang. Dah bersedia nak menyambut tetamu VIP. Majlis kali ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tebrau, YB Datuk Teng Boon Soon.

Pada majlis ini, banyak anugerah diberikan kepada pelajar2 yang cemerlang dan telah menaikkan nama sekolah samada dari segi kurikulum ataupun ko-kurikulum. Ada anugerah untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM 2010...anugerah Hal Ehwal Murid dan lain2 lagi.

Tapi kali ini saya macam malas sikit nak tangkap gambar. Sekadar tangkap gambar Abang Ngah menerima anugerah sahaja...




Muhammad Azhari bin Abd. Aziz...
Salah seorang penerima Anugerah HEM (Kedatangan Peenuh 2010)...

 Abang Ngah sedang berbaris menanti giliran untuk menerima anugerah...

2/3 bahagian dewan dipenuhi dengan pelajar2 dan wakil2 pelajar yang akan menerima anugerah. Ibubapa ditempatkan di bahagian belakang dewan. Masa ni acara utama dan selamat dilangsungkan dan YB juga telah ke dewan jamuan bersama jemputan2 lain.

Selepas menyaksikan Abang Ngah menerima anugerah, saya bergerak pula ke SK Taman Pasir Putih. Di SKTPP juga diadakan Hari Bertemu Pelanggan. Terpaksalah berkejar ke kedua2 sekolah ini. Nasib baik sekolahnya terletak bersebelahan sahaja.

Kelas Adik dan Abang Yang terletak di tingkat 3. Aduiii...jenuh saya memanjat tangga. Mengah jugalah nak sampai ke kelas mereka. Mula2 kami (Adik, Abang Yang, hubby dan saya) ke kelas Adik. Lepas tu barulah ke kelas Abang Yang. Lepas tu bergerak ke SMKPP pulak lagi. 

Panjang cerita pasal Hari Bertemu Pelanggan ni. Sambung nanti ajelah ye...


1 comment:

leen hussain said...

tahniah utk abang ngah kak ita...:-)