Friday, April 8, 2011

Ahad Yang Sibuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Dah lama saya tidak mengemas rumah ni...nasib baik belum sempat bersawang2 lagi. Kalau tidak....satu kerja pulak nak menyapu segala sawang2 yang berselayut.

Semenjak dua menjak ni, saya ni sibuk sikit. Sikit jer...tak banyak mana pun. Tapi disebabkan ada penambah perisa M, tu yang menjadikan bertambah menyibuk tu...!

Ini nak cerita pasal hujung minggu yang lepas. Hari ini dah hari Jumaat, baru nak bercerita pasal hujung minggu yang lepas... Isshhh...ada ker orang nak baca @ dengar ya? Tak kisahlah...nak cerita jugak.

Hari Sabtu lepas sepatutnya kami sekeluarga balik ke kampung MIL. Dah banyak minggu tertangguh sebab anak2 ada sahaja aktiviti mereka. Ingatkan last weekend boleh ler cabut ke kampung tapi...hampa juga! Akhirnya cuma hubby dan Adik sahaja yang balik.



Abang Yang (Azrai) ada Kursus Kawad Kaki Unit Berunifom di SK Taman Pasir Putih selama 3 hari 2 malam bermula pada 1hb April (Jumaat) hingga 3hb April (Ahad). Hari Ahad tu saya saja2 pergi menjengukkat sekolah tu. Nampaklah mereka tengah berlatih kat tengah ruang parkir kereta tu. Ada 2 kumpulan - kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Masa tu sebenarnya dah nak habis kursus tu dah. Guru2 yang bertugas sedang membuat "sentuhan terakhir" kepada kumpulan mereka.

Baris bergerak ke belakang....belakanggggggggggggggg pusinggggggggggg...!!!!


 Ini pulak tengah duduk beratur menantikan majlis penutup...


 Habis majlis penutup dan penyampaian sijil, demo terakhir daripada mereka...

No comments: