Friday, April 8, 2011

Ujian Silat Gayong


Hari Ahad lepas, Abang Ngah (Azhari) telah menduduki ujian Silat Gayong kali yang pertama. Ujian tersebut diadakan di SMK Pasir Putih dan telah diadili oleh tiga orang juri yang didatangkan dari Singapura. Seramai 13 orang pesilat yang terdiri daripada 10 pesilat lelaki dan 3 pesilat perempuan telah menduduki ujian tersebut. 
Sebelum ini memang pernah NAMPAK orang bersilat tapi baru kali ini saya MELIHAT sendiri mereka bersilat. Ujian bermula sekitar jam 10:30 pagi. Tak ramai ibubapa yang hadir. Kalau tak salah saya, cuma saya dan seorang lagi ibu yang hadir pada hari itu. Ada juga guru2 SMK Pasir Putih yang hadir tapi mereka "menyambil" sebab ada tugas di sekolah.

Alhamdulillah...dimaklumkan bahawa kesemua pesilat ini telah berjaya melepasi ujian kali ini. TAHNIAH! Yang bertali pinggang hitam akan naik ke tali pinggang putih, yang bertali pinggang putih akan dapat tali pinggang hijau pulak...

 Inilah barisan pesilat2 yang akan diuji kehandalan mereka bersama dengan 3 orang tenaga pelatih...


 Sesi menghangatkan badan (warm-up)...

 Antara aksi2 yang dipertandingkan...

 Hiyaaaaakkkkk......!

Sesi bergambar bersama para juri dan tenaga pengajar sebelum bersurai...

No comments: