Thursday, June 10, 2010

Happy Birthday Ayong!



HAPPY 16TH BIRTHDAY TO AYONG!!!!

Hari ini (Rabu, 09hb. Jun, 2010) genaplah umur Ayong 16 tahun. Memandangkan hari ini dia sibuk, tak ada masa untuk kami meraikan bersama2. InsyaAllah...esok kami akan raikan ulangtahun kelahirannya bersama2. Dari pagi hingga ke petang, dia ada latihan pancaragam. Sebelah malam pulak, dia ada majlis re-union bersama cikgu dan rakan KRK semasa Form 1 dulu. Ramai diantara kawan2 mereka yang dah dapat tawaran ke SBP selepas PMR ari tu. Jadinya, waktu cuti sekolah ni, Cikgu Masrawati buat re-union untuk anak2 murid dia masa Form 1 dulu.

Siang tu saya bakar sebiji Oreo Cheese Cake, sebiji Brownies dan juga mengukus Apam Mekar. Memandangkan kami tidak dapat meraikan bersama keluarga, semua masakan tu saya hantar ke rumah Cikgu Masrawati. Biarlah Ayong raikan bersama kawan2 dan cikgunya malam ni. Esok...turn kami sekeluarga pulak.

Dan esok rasanya saya kena bakar sebiji lagi Oreo Cheese Cake sebab Adik, Abang Ngah dan Abang Yang dah bising tadi...tak dapat makan kek tu. Kesian pulak kat hero2 saya tu... Nak tak nak, esok kena bakar sebiji lagi.


Oreo Cheese Cake with simple buttercream deco...


Brownies...guna resepi Leen (Cetusan Rasa) dan topping pulak guna resepi Chef Hanieliza...

Apam Mekar...


Semasa Ayong balik dari latihan tadi, kawan Ayong, Nabila, ikut sekali. Dia tinggal di Permas Jaya. Dia ikut Ayong balik sebab ada majlis re-union tu la. Kebetulan pulak dia berpuasa...puasa ganti. Saya tak tahu dia berpuasa. Beriya2 saya mengajak dia minum petang...! Isshhh...tak patut betul saya ni.

Akhirnya Nabila berbuka dengan Nescafe Ais, Apam Mekar dan juga Blueberry Cheese Tart. Tak payah tunjuklah ya...!

Jam 8 malam, hubby dan saya pergi menghantar mereka (Ayong, Nabila dan 3 orang lagi) ke rumah Cikgu Masrawati di Kampung Kopok Baru. Jam 11 malam, majlis selesai. Hubby pergi jemput mereka pulak.




2 comments:

lemongrass said...

Happy birthday Ayong. Semoga terusw menjadi anak kebanggaan ibu bapa dan keluarga. Semoga Allah makbulkan doa2 Ayong :-).

Azita Zain said...

thank you cik min (bg pihak ayong ni...)!!!!