Sunday, June 6, 2010

Seminar IQ Pintar di TS Hotel (1)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam, Sabtu, 05hb. Jun, bermulalah seminar 2 hari IQ Pintar di TS Hotel, Taman Scientex. Saya daftarkan Ayong dan Abang Ngah untuk seminar ini. Kalau dulu, seminar untuk remaja (sekolah menengah), ibu atau baoa tidak perlu hadir sama. Tapi kali ini, penganjur telah meminta saya atau hubby untuk turut serta. Jadinya, saya pun turut serta dalam seminar ini tetapi saya cuma boleh hadir untuk Modul 1 sahaja sebab pada sebalah petangnya ada Majlis Yassin, Tahli dan Doa Selamat AMTPP.


Memandangkan saya dah pernah menghadiri seminar yang sama awal April ari tu (bersama Abang Yang, Tahun 5), jadinya banyak aktiviti saya saya dilarang untuk turut serta. Apa yang dibuat dan diajar dalam sesi ini sama seperti sesi yang lepas. Jadinya, saya dah tau apa jawapan, taktik dan teknik yang patut digunakan. Itu sebabnya mana2 ibubapa yang telah menghadiri seminar sebelum ini, diminta untuk tidak menyertai mana2 game ataupun perbincangan. Kena zip mulut! Hehehe...



Di seminar ini, saya bertemu dengan Ima (Mawar Merah) yang turut menhantar 3 orang anak lelakinya. Ima turut sama dalam seminar ini bersama suaminya.

Jom layan beberapa gambar yang saya skodeng dari Positive Parenting FB (http://www.facebook.com/people/Azita-Zain/100000146895560#!/photo.php?pid=4182927&id=152391037995).
Untuk gambar2 lain, silalah ke link di atas.

Petang nanti saya akan turut sama ke seminar tersebut untuk upacara penyampaian sijil dan bergambar. Tunggukan lapuran seterusnya malam ini....





Tengoklah tu! Ayong dan Abang Ngah dua2 naik pentas khas (kerusi)!!! Yang berbaju hitam (atas kerusi tu) ialah anak Ima (MawarMerah)...


No comments: