Monday, June 7, 2010

My First Brownies....


Salam sejahtera untuk semua.
Alhamdulillah!!! Dah lama teringin sangat nak merasa macam mana rasanya brownies ni. Tak pernah cuba rasa ataupun membuatnya sebelum ni. Inilah percubaan pertama saya. Alhamdulillah...menjadi!


Resepinya saya ikut yang di blog Leen tu. Itupun dia yang syorkan sebab katanya yang ini memang sedap. Chewy2 gitu rasanya...padan dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies!



Memang senang nak membuatnya. Main kacau2 jer. Lepas tu tuang dalam loyang. Bakar. Dah sejuk barulah dicurahkan toppingnya dan hiaslah sesuka hati.

Memandangkan inilah percubaan pertama saya, saya cuma taburkan dengan badam cincang je. Saya gunakan loyang 8" x 11". Alhamdulillah...8"x8" saya bawa sebagai buah tangan ke rumah Izzati tengahari semalam. Untuk dia makan2 bersama keluarga. Bakinya...abis dah! Adik yang paling suka. Ayong pun makan juga malam tadi tapi tak sempat nak sambung makan hari ini sebab dia ada latihan pancaragam dari pagi hinggalah ke jam 5 petang nanti. Tak apa...nanti boleh buat lagi!

Ada sapa2 yang nak mencuba rasa? Angkat tangannnn......!!!!!


8 comments:

mama_izz said...

salam..tengok pun dah nampak sedap.. nak resepi bole? .nyum..nyumm...nyumm.. nak resepi bole?? nak try jugak.. hehhee.. tq

Azita Zain said...

mama-izz :
mmg sedap. silalah ke dapur saya untuk resepinya. dah diuploadkan...

mama_izz said...

tq kak.. iskk tengok dapur akak sungguh menyelerakan.. saya tak minat masak & saya tak de oven..setelah tengok masakan akak nak kena beli jugak oven ni.. nak try cheese cake jugak... tq kak.. aduuhh tak sabar nak mencuba.. esok jugak saya gi mencari oven.. hehhehhe

izahdaut said...

kak ita..saya pun tak perrnah lagi try brownies..mmg bnyak gak saya dengar yg brownies ni sedap..ala la la..nk kene try gak niii

Am (Flora Heights) said...

kita dah prnah try gak tapi cuma skali jer.., berangan gak nak buat lagi, baru bli tepung mixnya tapi lum pun buat lagi ita, kot2.. berangan aje asyik x mnyempat..!

Azita Zain said...

mama-izz :
ok, gi cari oven ya! lps ni boleh masak macam2. mulakan dgn yg simple dan senang dulu. lps tu nti mesti teruja nk masak macam2...! selamat mencuba!

izah :
k.ita pun ni la kali pertama mencuba. memang sedap. penuh dgn rasa cokelat....

am :
pernah gak nampak tepung mix tu tapi mcm tak teruja nak membelinya. dh try buat ni, lain kali nk buat lagi...

kakpah said...

salam.
kakpah dah angkat tangan tinggi2 ni. Ita nak pos ke atau kakpah kena pegi sana umah ita...hehe..

Azita Zain said...

kakpah :
tinggi mana tu kakpah? hehehe...lebih afdal kalau kakpah datang umah saya ni. tak gitu? hehehe....