Wednesday, June 16, 2010

Dating Dengan AmFlora


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua.


Gambar ni saya culik dari blog Am. Jangan marah ya Am! Am bersama 2 orang anaknya, Amalina dan Iman semasa di Bukit Merah Lake Town Resort...


Pagi tadi, saya ada temujanji dengan AmFlora @ SerojaKitchen. Sebenarnya kami dah merancang dari minggu lepas lagi tapi hajat tidak kesampaian. Hinggalah ke hari ini...! Jam 10:30 pagi tadi kami bertemu di check point yang dah kami tetapkan iaitu di Tesco Seri Alam.

Hari ini pulak hujan lebat. Sebenarnya kami bercadang nak ke kedai menjual barang2 kek dan kuih yang baru. Am dah pernah ke sana beberapa kali. Menurut Am lagi, harga di situ amat berpatutan kalau dibandingkan dengan kedai2 yang sedia ada. Kebetulan stok barang saya banyak yang dah kehabisan. Itu yang kami berjanji untuk ke sana tu.

Mula2 tu rancangnya saya yang akan memandu. Tapi memandangkan hujan lebat, macam tak confident pulak. Lagipun hari ni kena bawak kereta besar. Kereta kecil tu ada masalah pendingin hawa pulak. Kalau dah hujan, kereta pulak tak ada pendingin hawa...tentu jadi masalah lain, kan? Akhirnya Am kata suaminya sanggup menghantar kami ke sana. Alhamdulillah! Akhirnya saya pakirkan kereta saya di Tesco dan kami sama2 naik kereta Am ke sana.

Memandangkan Am dan suaminya memang dah biasa ke sana, jadi tak ada masalah untuk suami Am memandu ke sana dengan mengikut jalan2 pendek (shortcut). Ooooo...kat situ rupanya kedai baru ni! Tidaklah susah sangat rasanya sebab saya pernah sampai ke kawasan berhampirannya.

Hmmm...apa lagi, saya pun memboronglah apa yang patut! Banyak juga barang yang saya sambar. Am sekadar ambil sikit2 je sebab Am baru je shopping hari Isnin lepas. Kedai baru ni lebih besar dan selesa. Pilihan pun banyak. Harga pun berpatutan. Layanan pun okey juga (sebab masa tu cuma kami berdua je...). Lain kali boleh datang ke sini lagi untuk cari barang2 keperluan. Cumanya kawasan pakir kereta agak terhad. Kesian suami Am kena pusing2 cari pakir tadi.

Dah dapat barang2 yang dicari, kami pun balik semula ke Tesco. Lepas pindahkan barang2 saya ke kereta, kami singgah kejap di Resoran Kampungku kat dalam Tesco tu. Singgah minum je sambil berbual2. Am dan saya order Cappucino panas dan suami Am pulak order Nescafe. Dah habis minum, kami berpisah di situ.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 pada Am dan suami kerana sudi meluangkan masa untuk saya. Segan jugak dengan suami Am tu sebenarnya....hehehe. Tapi suami Am cool aje...!

Moga ada lagi pertemuan di masa akan datang...!


4 comments:

Fiza Nordin said...

wahhh seronoknye akak berdua ni bergather2 yek...nak join boleh? hikhikhikkk mcmlah dekat sgt bunyinye ye tak... a'way,tumpang seronok! :D

Azita Zain said...

salam fiza,
kami ni...walaupun duduk dekat2 sini, ni lah baru first time gather cam gini. itupun bersebab..
nak join? boleh aje....jommmm!!!!

Ctnaemah said...

kak ita..kat mana kedai brg bakery yg baru tu?sy skrg klu g mana2cari kedai jual brg bakery dulu..hahaha

leeyana-mamadaniel said...

wahh dh dating ngan kak am ekk...
best2...a ah lah kak ita...nape x letak pic mase kt kedai bakery tu..nk tau gak kat ne kedainya...liana bese g bakery kt kota tinggi,time blk kg tu singgah kota...tp agak mahal sket lah brg2 kat ctu...